PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO

PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO
link : PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO

Baca juga


PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO


KUALA LIPIS: PAS Kawasan Lipis menyifatkan laporan media kononnya ahli Ahli Jawatankua PAS kawasan itu hadir ke majlis perasmian mesyuarat agung UMNO bahagian oleh Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak hanya satu publisiti murahan mainan media yang boleh mengelirukan pembaca yang tidak mengetahui isu sebenar.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Roslan Harun berkata kehadiran Ketua Lajnah Dakwah PAS Lipis, Ustaz Mahyudin Lebai Ghazali itu langsung tiada kena mengena dengan mesyurat agung UMNO.

Beliau berkata, Ustaz Mahyudin hadir kerana memenuhi undangan Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad bagi menerima sumbangan (zakat) untuk Mahad Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah yang diketuainya.  

Selain beliau terdapat lima lagi wakil maahad tahfiz  lain yang hadir untuk tujuan yang sama.

Menurut Roslan, berita kehadiran Ustaz Mahyudin tidak seharusnya  menjadi isu untuk dipolitikkan oleh pihak yang memusuhi PAS atau menjadikannya bukti kononya PAS 'berUG' dengan UMNO atau menerima ‘dedak’.  

“Saya berharap pihak yang menempelak PAS untuk mendapat keuntungan politik, wajar meminta maaf kerana cubaan memfitnah tanpa mengetahui isu sebenar hanya berdasarkan laporan media pro UMNO semata-mata.

“Cukuplah buat kerja begitu, marilah berpolitik secara sihat,” katanya.

Jelas Roslan, Maahd Tahfiz  Darul Fikri Al Mahmudiah sememangnya memerlukan dana untuk meneruskan kelangsunganya dan sedia menerima sumbangan dari sesiapa sahaja,

“Bila ahli parlimen jemput hadir untuk menerima sumbangan (zakat), Ustaz Mahyudin pun pergilah, dia sendiri tidak menyangka majlis itu adalah mesyuarat agung Umno,” ujarnya,

Mengaitkan kehadiran AJK PAS Kawasan Lipis tersebut dengan mesyuarat agung Umno sebagaimana dilapor oleh Bernama dan dipetik oleh MalaysiaKini adalah mengelirukan.

“PAS tetap tidak bersama Umno/BN dan Harapan, PAS selesa dengan Gagasan Sejahtera menawarkan rakyat dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera,” kata beliau.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Lipis, Sobirin Duli berkata, pengurusan maahad itu bergantung kepada infak orang ramai.

Katanya, sudah lebih setahun beroperasi di sebuah banglo yang diwaqafkan waris pemiliknya.

Tambahnya, sesiapa sahaja dialu-alukan dan pengurusan tidak menolak sebarang infak kerana Allah.

Siapa nak ambil peluang bolehlah infak melalui Bank Rakyat akaun bernombor 11-134-100037-2.

Beliau kesal ada pihak mengatakan sumbangan kerana Allah dianggap sebagai menerima dedak. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO

Sekianlah artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS Lipis "Sangkal Dakwaan", AJK Mereka Terima Dedak Dari UMNO dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pas-lipis-sangkal-dakwaan-ajk-mereka.html

Subscribe to receive free email updates: