Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM

Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM
link : Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM

Baca juga


Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meminta kerajaan memperincikan nilai sebenar perbelanjaan yang digunakan untuk Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri yang diadakan pada 25 Jun lalu.
 
Wakil rakyat PAS itu berkata, jawapan bertulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said terhadap pertanyaan yang dibangkitkannya itu tidak dijawab dengan jelas, sekaligus mengundang pertanyaan sama ada kerajaan mahu menyembunyikannya daripada pengetahuan rakyat.
 
"Semua orang tahu bahawa ada peruntukan untuk perdana menteri dan menteri kabinet untuk mendapat sejumlah peruntukan untuk keraian kepada tetamu tertentu.
 
"Saya faham itu semua, sebab itu yang saya minta penjelasan ialah berapa Ringgit Malaysia (RM), kenapa kerajaan tak boleh berikan jawapan dalam nilai Ringgit Malaysia. Apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan rakyat," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
 
Terdahulu, dalam pertanyaan lisannya, Mahfuz meminta kerajaan menyatakan berapakah jumlah Ringgit Malaysia (RM) perbelanjaan rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri bersama anggota kabinet di Putrajaya pada 1 Syawal lalu. 
 
Menerusi jawapan bertulis yang diberikan Azalina, ia menyebut bahawa majlis berkenaan merupakan acara rasmi kerajaan dan mengguna pakai kelayakan keraian meraikan tetamu Perdana Menteri sebagaimana yang telah diperuntukkan di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
 
Ia turut menyebut, keseluruhan perbelanjaan telah diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 16 Jun 2017 serta dikendalikan secara sederhana mengikut Pekeliling Perbendaharaan Malaysia - Garis Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan. 
 
"Walaupun itu diberi melalui akta saraan, tapi saya fikir seharusnya kerajaan boleh mempertimbangkan apakah ia merupakan satu keperluan atau tidak.
 
"Kalau dikata bahawa diluluskan kementerian kewangan, itu saya setuju. Dan yang dikendalikan secara sederhana, itu yang saya nak tahu secara sederhana itu berapa nilai Ringgit Malaysia," kata bekas naib presiden PAS itu lagi.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM

Sekianlah artikel Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz gesa kerajaan dedah perbelanjaan Rumah Terbuka PM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mahfuz-gesa-kerajaan-dedah-perbelanjaan.html

Subscribe to receive free email updates: