Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile

Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile
link : Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile

Baca juga


Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperkenalkan butang fungsi 'SOS' di dalam aplikasi PLUS Mobile sebagai salah satu strategi dan pendekatan khusus untuk memastikan perjalanan yang lebih lancar pada cuti Aidilfitri akan datang.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, ia mempercepat bantuan terutama apabila berlaku kecemasan seperti kemalangan.

Katanya, sejurus menerima notifikasi, Pusat Kawalan Trafik akan terus menghubungi pengguna untuk mengkoordinasikan bantuan kecemasan yang diperlukan.

"Kami juga memperkenalkan butang SOS dalam aplikasi PLUS Mobile Apps bagi membolehkan pengguna lebuh raya terus menghubungi Pusat Kawalan PLUS untuk mendapatkan bantuan apabila berlaku masalah. Ia membantu dalam masa lebih pantas dan efisyen," katanya semasa menyampaikan taklimat strategi PLUS agih trafik dan bantu perjalanan balik kampung sempena Aidilfitri 2017 di sini hari ini.

Jelasnya, PLUS menjangkakan sebanyak 1.7 juta kenderaan menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan setiap hari-hari puncak pada musim perayaan ini.

Ia sekali gus peningkatan sebanyak 21 peratus berbanding 1.4 juta kenderaan pada hari-hari biasa.

Dalam pada itu katanya, PLUS sekali lagi mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk membantu orang ramai merancang perjalanan mereka.

" TTA kali ini, bagi perjalanan di lebuh raya pada 21 Jun sehingga 3 Julai merupakan pendekatan PLUS untuk mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan-laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat.

"Lonjakan jumlah kenderaan yang tinggi di satu-satu lokasi pada masa yang sama sudah pastinya menyebabkan laluan menjadi sesak. Ini diburukkan lagi jika terdapat kemalangan atau kerosakan kenderaan berat di lokasi tersebut.

Jelasnya, PLUS turut menawarkan rebat tunai sebanyak 30 peratus untuk transaksi menggunakan kad PLUSMiles selama enam hari bukan waktu puncak iaitu pada 19, 20, 21, 28, 29 Jun dan 3 Julai.

Tambahnya, rebat tol sebanyak 10 peratus juga ditawarkan untuk transaksi menggunakan kad Touch 'n Go pada tarikh yang sama.

"Rebat kali ini diberikan pada perjalanan kenderaan Kelas 1 melebihi 100 kilometer yang membuat transaksi di plaza-plaza tol di semua lebuh raya dan ditawarkan sepanjang hari pada tarikh tersebut.

"Pada tarikh tersebut, orang ramai masih perlu membayar tol pada kadar biasa. Rebat berkenaan akan dimasukkan apabila orang ramai menambah nilai kad mereka di pusat khidmat pelanggan PLUS di antara 15 Julai sehingga 14 Oktober depan.

"Bagaimanapun rebat ini tidak meliputi transaksi di plaza tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar, Tanjung Kupang dan Jambatan Pulau Pinang," katanya.

Selain itu jelas Azman, kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya PLUS akan ditutup kepada orang ramai mulai 22 Jun sehingga 2 Julai akan datang.

"Secara puratanya, satu transaksi urusan tambah nilai boleh mencecah sehingga tiga minit untuk setiap kenderaan.

"Kita juga menasihatkan orang ramai supaya memastikan baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya atau menambah nilai kad di 9,200 lokasi yang terdiri daripada mesin ATM, kedai serbaneka dan stesen minyak," ujarnya.

Tambahnya, PLUS turut menambah lebih ramai kakitangan di lebuh raya dan pusat kawalan trafik (TMC).

"Ia termasuk menambah jumlah pasukan dan rondaan PLUSRonda, menempatkan pasukan bantuan kecemasan di lokasi strategik, pertambahan kawasan meletak kenderaan dan pembukaan tandas bergerak sementara di kawasan rehat utama.

"PLUS juga menyediakan trak-trak tunda tambahan di lokasi terpilih, menempatkan lebih kurang 2,000 kakitangan di plaza tol, pemantauan trafik dari udara dan menempatkan trak makanan bergerak di kawasan rehat dan plaza tol terpilih.

"Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat terkini antaranya menerusi Twitter @PLUStrafik, aplikasi PLUS Mobile dan talian PLUSLine 1800 88 0000," katanya.

Jelasnya, orang ramai juga disaran menggunakan aplikasi seperti Waze atau Google Map untuk mengelakkan mereka terperangkap di dalam kesesakan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rknfY0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile

Sekianlah artikel Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Butang fungsi 'SOS' diperkenal dalam aplikasi PLUS Mobile dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/butang-fungsi-sos-diperkenal-dalam.html

Subscribe to receive free email updates: