Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat
link : Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Baca juga


Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

KUANTAN: Jenazah dua juruterbang pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) jenis Hawk 108 yang maut dalam nahas pesawat di Chukai, Terengganu pagi ini tiba di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada pukul 5.10 petang.

Turut berada di jabatan forensik HTAA ialah Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed dan Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang.

Tinjauan Bernama di perkarangan jabatan itu mendapati jenazah Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, dan Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, tiba dengan menaiki dua buah ambulans, setelah dibawa keluar dari kawasan hutan berpaya di Chukai dengan helikopter.

Yazmi berasal dari Titiwangsa, Kuala Lumpur manakala Mohd Hasri berasal dari Felda Lui Muda, Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan.

Difahamkan pihak TUDM sedang membuat aturan untuk membawa keluarga Mohd Hasri yang menetap di Labuan, Sabah ke Kuantan, manakala keluarga Yazmi menetap di Kuantan.

Tinjauan mendapati di perkarangan Unit Forensik HTAA ketika ini hanya dipenuhi oleh anggota dan pegawai tentera, manakala isteri dan anggota keluarga Yazmi ditempatkan di bilik khas di Unit Kecemasan hospital itu sementara proses bedah siasat dilakukan pada malam ini.

Kedua-dua juruterbang disahkan meninggal dunia selepas pesawat jenis Hawk 108 itu dipercayai terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai pagi ini.

Jenazah kedua-dua mangsa ditemukan pada pukul 2.30 petang tadi, kira-kira 53 kilometer dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan, dalam keadaan masih memakai payung terjun.

Mayat kedua-dua pegawai TUDM itu ditemukan dalam jarak antara 20 meter antara satu sama lain.

Pagi ini, TUDM mengesahkan pesawat jenis Hawk 108 itu hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang, setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi tadi.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rkeUDC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat

Sekianlah artikel Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah dua juruterbang TUDM dibawa ke HTAA untuk bedah siasat dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/06/jenazah-dua-juruterbang-tudm-dibawa-ke.html

Subscribe to receive free email updates: