Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan

Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan
link : Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan

Baca juga


Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan



Bagai sudah dijangkakan, dividen Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun 2018 telah merosot akibat kejatuhan indeks Bursa Malaysia dan ekonomi negara yang semakin menurun selepas PRU14.

Dividen dan bonus ASB untuk tahun ini ialah 7 sen (6.5 sen + bonus 0.5 sen) berbanding 8.25 sen (7 sen + bonus 0.25 sen + bonus khas 1 sen) untuk tahun lepas.

Walaupun bonus khas 1 sen untuk tahun lepas dihadkan kepada 10,000 unit pertama, sebahagian besar pemegang unit, berjumlah kira-kira 7.5 juta dengan baki sehingga 10,000 unit mendapat pulangan efektif sebanyak 8.25 sen berbanding 7 sen tahun ini.

Dividen 7 sen untuk ASB tahun ini juga merupakan kadar dividen yang paling rendah sejak penubuhan ASB pada tahun 1990.

Untuk ASN pula, dividen tahun 2018 ialah 3.25 sen berbanding 3.65 sen untuk tahun lepas. Dividen untuk ASN tahun ini juga merupakan kadar dividen paling rendah sejak ASN bermula.

Oleh kerana ASN merupakan unit amanah yang harga jualannya berubah mengikut prestasi pelaburannya, mereka yang melabur di dalam ASN telah mengalami kerugian 17% (termasuk dividen) untuk tahun ini berbanding pulangan positif 15% untuk tahun lepas.

Ini ialah kerana harga unit ASN telah jatuh dari 78.5 sen pada akhir tahun lepas kepada 61.9 sen semalam berbanding kenaikan harga yang tinggi pada tahun lepas.

Ada yang bertanya mengapa ASB masih mampu membayar dividen kerana harga saham yang dilabur oleh mereka sudah jatuh dengan banyak tahun ini.

Ini ialah kerana ASB tidak hanya melabur di dalam pasaran saham. Mereka juga melabur di dalam pegangan bon keajaan, bon swasta dan hartanah.

Sama dengan KWSP dan selaras dengan pelaksanaan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia 9 (MFRS 9) , ASB yang merupakan unit amanah harga tetap, juga tidak lagi mengiktiraf sebarang rosot nilai ke atas pegangan ekuitinya bermula tahun ini.

Walaupun tahun 2019 akan lebih mencabar berbanding tahun ini, kita sama-sama berdoa agar kadar dividen untuk tahun 2019 akan pulih semula.

Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan

Sekianlah artikel Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib: Dividen, Bonus ASB 7 sen Zaman PH adalah PALING RENDAH sejak ASB ditubuhkan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/najib-dividen-bonus-asb-7-sen-zaman-ph.html

Subscribe to receive free email updates: