Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng

Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng
link : Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng

Baca juga


Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng


Satu lagi pembohongan Guan Eng ialah kerajaan BN telah melanggar undang-undang kerana kutipan dari GST dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan bukan ke dalam akaun wang GST.

Akauntan Negara pada masa itu memberi pendapat bahawa ianya lebih baik dari segi kawalan aliran wang kerajaan bahawa wang dari kutipan GST dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Ini juga kaedah yang digunakan oleh kerajaan Singapura dan lain-lain kerajaan di dunia yang mengamalkan sistem GST.

Jika Guan Eng benar-benar membaca Akta GST, ini dibenarkan dan tidak melanggar apa-apa undang-undang negara.

Seperti hantaran saya semalam, Guan Eng juga berbohong bahawa kerajaan hanya ada RM450 juta dan tidak cukup wuntuk membayar balilk tuntutan bayaran balik input GST yang diluluskan,
https://www.facebook.com/…/a.294787430951/10155779413965952/

Saya juga telah dedahkan pada awal bulan ini selepas Jabatan Audit Negara menerbitkan laporan mengenai isu wang GST ini setakat 5 Jun 2018, kebanyakkan wang input GST ini tidak perlu dibayar balik, belum disahkan untuk membayar balik atau ianya kesalahan kerajaan PH sendiri yang tidak membayar balik.


Tuntutan untuk bulan April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk bulan Mei dibayar pada bulan Jun. Ini bermakna bahawa jika wang input GST lambat dibayar balik, ia adalah kesalahan kerajaan PH sendiri.

Oleh itu, walaupun Guan Eng secara terang menuduh kerajaan BN merompak RM19 bilion wang GST pada bulan August dan laporan polis serta siasatan PAC telah dijalankan, kita nampak secara jelas tuduhan yang amat berat berjumlah RM19 bilion yang dibuat inj seperti sudah tenggelam atau sengaja tidak dibangkitkan lagi.

Apabila ditanya di Dewan Rakyat, Guan Eng pernah menjawab bahawa semua tuntutan RM19.5 bilion ini telah disahkan untuk dibayar. Tetapi Laporan Audit Negara rasmi membuktikan jawapan Guan Eng ini ialah satu lagi pembohongan.

Guan Eng sudah dua kali mengelirukan Dewan Rakyat dan patut dihukum.

Laporan Audit Negara di bawah kerajaan PH jelas menunjukkan bahawa bahagian besar dari tuntutan wang input GST berjumlah RM19.5 bilion ini mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan untuk menipu kastam.

Oleh itu, saya pelik mengapa Guan Eng sebagai seorang Menteri Kewangan, tergesa-gesa untuk menjarah wang Petronas berpuluh-puluh bilion tahun depan dengan alasan mahu membayar balik semua tuntutan-tuntutan berjumlah RM19.5 bilion ini.

Akibatnya, prospek penarafan kredit Petronas diturunkan menjadi negatif.

Mengapa perlu bayar balik wang input GST kepada ahli-ahli peniaga jika tuntutan mereka tidak sah? Pada masa yang sama, bantuan kepada rakyat yang memerlukan dipotong atau dimansuhkan.

Sehingga kini, Guan Eng juga tidak mampu menjawab persoalan ini semua.

Oleh : Najib Razak  #CelahGelegar

Nota: Penulis adalah Yang Berhormat Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak (lahir 23 Julai 1953) ialah ahli politik Malaysia dan merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia ke-6, yang mana beliau menjawat jawatan PM dari 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dan masih merupakan Ahli Parlimen PekanPahang hingga ke hari ini. Beliau merupakan anak lelaki sulung kepada mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat politik, beliau merupakan mantan Presiden UMNO yang ke-7.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng

Sekianlah artikel Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib BONGKAR satu lagi Pembohongan Lim Guan Eng dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/najib-bongkar-satu-lagi-pembohongan-lim.html

Subscribe to receive free email updates: