Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu

Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu
link : Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu

Baca juga


Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PPBM perlu memenangi hati orang Melayu yang masih menyokong Umno bagi menguatkan parti itu dan Pakatan Harapan (PH).
Perdana menteri berkata, ramai orang Melayu masih menyokong Umno pada pilihan raya umum 9 Mei lalu menyebabkan ia masih popular dalam kaca mata kebanyakan orang Melayu.
“Orang Melayu ini mesti dibawa keluar kerana apabila mereka menyokong PPBM, PPBM akan kuat dan PH juga menjadi kuat,” katanya dipetik Bernama dalam temu bual dengan organisasi media terpilih di pejabatnya di sini.
Jadi, ini kedudukan kami,” katanya merujuk permohonan bekas ahli Parlimen dan pemimpin Umno untuk menyertai PPBM.
“(Tetapi) Kami tidak mengambil pemimpin, seperti 2, 3 nama yang telah disebutkan. Pemimpin berkenaan, mereka tidak boleh masuk (PPBM).
“Ada kes-kes terhadap mereka, mereka perlu menghadapi mahkamah. Kami tidak akan menerima mereka.”
Ditanya jika anggota PH lain bimbang terhadap perkara itu, Dr Mahathir berkata, ya.
“Kami juga mengambil berat. Kami tidak mahu memberi gambaran Umno mengambil alih PPBM atau parti lain dalam PH.”
Pengerusi PPBM itu berkata, partinya “sangat serius” dalam meneliti permohonan individu terbabit kerana mereka masih berpengaruh di sesetengah kawasan.
“Jika kami menolak mereka, mungkin kami menolak pengundi. Mereka boleh membawa masuk beberapa pengundi. Ini akan menguatkan PPBM dan PH juga.”
Mengenai persepsi penerimaan bekas ahli Parlimen Umno ialah sebahagian strategi PH untuk mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen, ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara peribadi tidak suka kerajaan dengan majoriti 2/3.
Saya mahukan pembangkang yang kuat. Tetapi, apa yang anda lihat, pembangkang kini benar-benar hancur.
“MIC tidak berfungsi, MCA tidak berfungsi. Di Sabah, mereka tidak berfungsi. Keseluruhan Umno telah berpecah kepada banyak bahagian…ada yang ingin kekal dalam Umno, ada yang ingin keluar. Ada juga yang tidak ingin berpolitik lagi.
“Tiada pembangkang yang boleh dipercayai pada masa ini. Bahkan, semasa saya dalam kerajaan sebelum ini, ketika saya mengetuai Barisan Nasional, saya pernah kata kita memerlukan pembangkang kerana tanpa pembangkang ibarat tiada cermin untuk melihat diri sendiri.
“Anda rasa anda cantik, tetapi sebenarnya anda sangat hodoh.” -fmt




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu

Sekianlah artikel Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr M: Umno masih popular di kalangan sesetengah Melayu dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/dr-m-umno-masih-popular-di-kalangan.html

Subscribe to receive free email updates: