Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM

Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM
link : Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM

Baca juga


Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM

BERSEKUTU dengan orang kafir dari sudut politik sehingga memberikan mereka dominasi kuasa politik di negara majoriti muslim adalah perbuatan haram, melalui banyak ayat al-Quran.
Itulah situasi politik negara kita sekarang, iaitu orang kafir mendominasi kuasa. Buktinya terlalu banyak, berdasarkan senario lima bulan pemerintahan PH, bahkan senario dominasi dalam kalangan parti komponen PH sendiri sebelum PRU14.
Terkini ialah kenyataan berani Kasthuri Patto DAP, yang jelas-jelas direkrut oleh negara asing sejak beberapa tahun lalu, untuk mempromosikan kebebasan beragama termasuk bebas murtad untuk orang Islam di Malaysia.
Tiada suara berautoriti, seperti pihak istana mahupun menteri yang menjaga (semua) agama, yang memanggil Ahli Parlimen DAP itu menghadap, sekurang-kurangnya diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadabnya itu.
Dia perlu dipanggil menghadap kerana perjuangannya itu terang-terang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara. Kecualilah jika negara ini mahu dibiarkan menuju ke arah demokrasi liberal atau pihak berautoriti umat Islam sudah hilang cengkaman kuasa kerana berpindahnya dominasi ke tangan bukan muslim. Saya kira kedua-dua faktor ini sedang berlaku dan kita sedang merasai implikasinya.
Bahkan, pada ketika umat Islam menyuarakan rasa marah, puak muslim PH yang menghalalkan ‘persekutuan yang membawa kepada dominasi politik kafir di negara ini’ yang diharamkan Allah, tanpa segan silu menghentam suara-suara umat Islam itu sebagai emosional, tidak intelek, tidak matang, tidak beradab dan sebagainya.
Sebenarnya mereka hanya mahu melindungi sekutu politik kepartian mereka, DAP. Untuk itu mereka sanggup tuduh umat Islam dengan bermacam-macam tuduhan buruk dan kotor.
Mereka menunggang ayat dan hadis mengenai dakwah, demi menjustifikasikan persekutuan haram itu, dengan meninggalkan ayat dan hadis yang menuntut persaingan agar agama suci ini dibela dan kekal mulia saat diancam.
Mereka berada di medan politik, yang merupakan medan persaingan kuasa, tapi sayang mereka bersaing dan berlawan habis-habisan, dalam dewan, luar dewan, di alam nyata dan alam maya, untuk membenam suara umat Islam dan membiarkan suara anti-Islam berkumandang.
Itulah demokrasi bagi mereka.
Sehingga kini, tidak nampak usaha mereka untuk mengembalikan semula dominasi politik di tangan orang Islam. Manakan tidak, persekutuan haram mereka sendiri sememangnya menghala ke arah yang bertentangan, iaitu mengukuhkan dominasi politik bukan muslim.
Orang yang mengkategorikan kenyataan Kasthuri Patto DAP sebagai kata-kata bukan muslim yang tidak faham mengenai Islam adalah (1) orang yang naif, atau (2) sengaja mengkhianati Islam demi survival politik kepartian sempit. Tiada yang ketiga.
Persekutuan dengan bukan muslim yang mengakibatkan dominasi kuasa politik berada di tangan kafirun adalah perbuatan dosa, yang mudaratnya kena ke atas seluruh umat Islam.
Kita sebagai sebahagian umat Islam, yang tahu mengenai hakikat ini, bertanggungjawab untuk bersuara dan menyampaikan peringatan, walaupun dicela oleh orang yang mencela dan dibenci oleh musyrikin.
Kepada Allah kembali setiap urusan. Kepada-Nya kita bertawakal dan kepada-Nya kita kembali.
Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman
www.indahnyaislam.my

YB Kasthuri Ingat Semua Umat Islam Bodoh Seperti Menteri Melayu PH?

1. YB Batu Kawan, Kasthuriraani a/p Patto (YB Kasthuri) begitu ‘innocent’ dengan menyebut bahawa beliau tidak pernah mempunyai ‘ill-intention’ terhadap agama Islam. Seperti dalam status di Facebook milik beliau dengan menyebut, “Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa kata-kata yang menyangkal Perlembagaan Persekutuan mahupun agama Islam yang saya menghormati dan sanjungi sebagai agama rasmi negara Malaysia.”Kata kunci digunakan YB Kasthuri adalah “agama rasmi”, iaitu mengecilkan skop sebenar agama Islam sebagai agama Persekutuan.
2. Namun begitu, sekiranya diteliti penglibatan YB Kasthuri dengan latihan-latihan yang diterimanya dalam menyokong agenda “Freedom of Religion and Belief”, kita akan dapati bahawa YB Kasthuri tidaklah senaif mana.3. Sekitar September 2017, YB Kasthuri tanpa segan silu menyebut bahawa beliau menghadiri mesyuarat di New York, Amerika Syarikat bersama ahli-ahli Parlimen wanita seluruh dunia berkenaan hak-hak wanita dan isu kebebasan beragama dan kepercayaan.4. Hampir genap setahun kemudian, September 2018, YB Kasthuri juga tanpa segan silu berkongsi di Facebook beliau mengenai penglibatan beliau dalam satu latihan di Oxford, yang dianjurkan oleh The International Panel of Parliamentarians for Freedom of Religion or Belief (IPPFoRB).
5. IPPFoRB dengan terang lagikan bersuluh, mengangkat segala tema mengenai isu kebebasan beragama, kebebasan tidak beragama, dan kebebasan mengamalkan apa jua kepercayaan. Artikel 18 daripada Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia yang diluluskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijadikan nas dan dalil.
6. Maka tidak hairanlah, ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada 15 Oktober 2018, YB Kasthuri begitu fasih dan mahir dalam mengulas selok-belok perjanjian dan konvensyen yang berkait dengan hal itu, terutama mengenai ICERD. Dan tidak mungkin bahawa beliau tidak bermaksud menujukan ucapannya dalam Dewan Rakyat kepada agama Islam di Malaysia.
7. Ini kerana, bagi agama selain Islam, telah dijamin kebebasan untuk mengamalkan agama masing-masing. Bahkan sekiranya seorang Hindu ingin menjadi Buddha, tiada halangan. Atau seorang Kristian ingin menjadi Hindu juga tiada halangan. Bahkan kita boleh lihat, perayaan bagi agama kaum-kaum utama di Malaysia diizinkan untuk diraikan tanpa halangan, siap ada cuti umum, seperti Tahun Baru Cina, Deepavali, Thaipusam, Krismas, Hari Gawai, Pesta Menuai dan sebagainya.
8. Tetapi menurut Perlembagaan, Perkara 153 telah termaktub bahawa definasi Melayu dan Islam saling berkait, dan tidak patut bagi seorang Melayu bukan beragama Islam. Ini bermaksud, seorang yang berbangsa Melayu tidak boleh murtad. Itulah sebab YB Khairy Jamaludin, iaitu Ahli Parlimen Rembau mencelah YB Kasthuri dengan menyatakan mengenai Perkara 153, dan bagaimana ratifikasi ICERD boleh mencabar kedudukan Perkara 153.
9. Bahkan “religious persecution” yang YB Kasthuri cuba maksudkan dengan memohon hak pengamalan Syiah dan Bahai, sememangnya mencabar kedudukan perundangan syariah di negara ini.
Ini kerana, ada enakmen jenayah syariah yang melarang usaha dakyah, menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa, dan jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini yang cuba diterangkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, tetapi nampaknya YB Kasthuri sendiri akhirnya terkeliru dengan perkara asas agama Islam (iaitu sama ada syiah adalah agama ataupun fahaman).
10. Sebagai reaksi kepada ucapan YB Kasthuri di Dewan Rakyat pada 15 Oktober lalu, umat Islam daripada pelbagai latar belakang berasa begitu marah dan terhina.
Telah ramai menyatakan bantahan kepada ucapan YB Kasthuri, tetapi nampaknya YB Kasthuri hanya memilih Isma (iaitu melalui tulisan Ustaz Nu’man Mazlan di ismaweb.net) untuk menjadi target untuk disaman. Dengan ini YB Kasthuri tidak seharusnya bersifat selektif, kalau betul hendak saman, samanlah semuanya sekali.
11. Dan jangan pula YB Kasthuri sekarang berlakon sebagai mangsa. Sedangkan kita pun sudah maklum dengan jelas bahawa parti YB Kasthuri sendiri iaitu DAP, dengan jelas beberapa kali meremehkan kedudukan Islam di Malaysia dengan menyatakan bahawa Malaysia bukan negara Islam, tetapi ia negara sekular.
Antara naratif lain dibawa DAP, Islam sekadar ‘agama rasmi’ yang terhad skopnya dan bukan agama Persekutuan. Bahkan DAP juga menolak sebarang cubaan menyelaraskan undang-undang sivil dan syariah.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM

Sekianlah artikel Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bersekutu dengan kafir dalam politik hingga mereka MENDOMINASI kuasa adalah HARAM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/12/bersekutu-dengan-kafir-dalam-politik.html

Subscribe to receive free email updates: