Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja

Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja
link : Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja

Baca juga


Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja

Islam, hak keistimewaan Melayu, bahasa kebangsaan akan terancam


KUALA LUMPUR, 11 Safar 1440H, Sabtu – Agenda kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 bertujuan menghapuskan institusi diraja, kata Pegamal Undang-undang, Khairul Azam Abd Aziz.
Beliau berkata, antara lain agenda liberalisasi ini juga ialah mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu; menyamaratakan agama Islam dengan agama lain; serta tidak selesa dengan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan.
Sekarang ini, mereka tidak boleh mempersoalkan perkara dalam Perlembagaan kerana Akta Hasutan masih ada. Oleh kerana mereka telah mengambil alih kerajaan, maka mereka ada beberapa langkah lagi untuk menghapuskan akta ini supaya agenda liberalisasi, kesaksamarataan dan sebagainya dapat dilakukan tanpa sebarang halangan.
“Mereka berhujah menyatakan negara-negara maju tidak mempunyai Akta Hasutan mengapa Malaysia perlu ada. Mereka lupa beza negara kita dengan negara-negara lain, kerana kita mempunyai pelbagai bangsa, agama dan bahasa pertuturan. Maka sebab perbezaan itulah, kerajaan kita sebelum merdeka sehingga kini ada Akta Hasutan.
“Ini kerana hasutan boleh membawa kacau-bilau dalam negara,” katanya pada Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.
Khairul Azam berkata, siri jelajah di seluruh negara akan diadakan dengan memanggil beberapa lagi tokoh untuk bercakap mengenai kepentingan mempertahankan Akta Hasutan, di samping mengumpul tanda tangan sebagai sokongan untuk mengekalkan akta ini dan diserahkan kepada Majlis Raja-Raja.
Katanya, sokongan diperlukan bagi mempertahankan Akta Hasutan ini bagi menjaga keamanan negara.
Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo menyatakan, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Keputusan tersebut selari dengan ikrar PH sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lalu iaitu untuk menghapuskan úndang-undang yang menindas. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja

Sekianlah artikel Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mansuh Akta Hasutan agenda PH hapus institusi diraja dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/mansuh-akta-hasutan-agenda-ph-hapus.html

Subscribe to receive free email updates: