Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin

Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin
link : Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin

Baca juga


Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin


KUALA LUMPUR, 11 Safar 1440H, Sabtu – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani, kerana membuat kenyataan yang menyentuh hal berkaitan Islam.
Laporan polis yang akan dibuat esok atau Isnin ini adalah strategi ‘membunuh dua burung dengan satu batu’, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, hari ini.
Beliau berkata, Perkasa juga tidak akan teragak-agak untuk mencabar keputusan Kabinet yang menggantung sementara Akta Hasutan 1948, sekiranya tiada tindakan mengikut akta diambil terhadap Ahli Parlimen DAP itu.
Kita mahu menguji sama ada betul atau tidak kenyataan Gobind Singh (Menteri Komunikasi dan Multimedia) bahawa Kabinet gantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan.
“Sekiranya betul dan tiada siasatan terhadap Kasthuriraani, kita akan bawa ke mahkamah keputusan moratorium itu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menggantungkan sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Keputusan tersebut selari dengan ikrar Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu untuk menghapuskan úndang-undang yang menindas, termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti Kolej Universiti 1971, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984, Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 dan undang-undang yang mengenakan hukuman gantung sampai mati.
11 Oktober lalu, Gobin berkata, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, kerana ia akan dimansuhkan.
“Keputusan Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada beliau untuk mengambil langkah susulan,” kata Gobin.
Sementara, Kasthuriraani pula ketika perbahasan di Dewan Rakyat 15 Oktober lalu, mendesak kerajaan meratifikasi United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief, yang di dalamnya terkandung prinsip untuk membenarkan murtad.
Beliau juga mendesak semua ajaran sesat, bebas diamalkan, selari dengan deklarasi itu yang menegaskan semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas diamalkan, dengan mengatakan “Another recommendation is the need to stop the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i (beliefs)”. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin

Sekianlah artikel Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laporan polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan Isnin dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2018/10/laporan-polis-terhadap-ahli-parlimen.html

Subscribe to receive free email updates: