Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS
link : Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

Baca juga


Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS





PUTRAJAYA: Sebanyak lapan bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Johor hari ini membuat laporan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung kegagalan kepimpinan tertingginya mematuhi perlembagaan parti.

Lapan bahagian terbabit termasuk Bakri, Kluang, Semberong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Ledang, Batu Pahat dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Semberong menyerahkan laporan itu kepada wakil ROS di sini.

Mantan Penyelaras PBPM Bahagian Kluang, Arjuna Putra Ali, berkata beberapa laporan sudah dibuat kepada ROS, antaranya berhubung kegagalan semua peringkat cawangan dan bahagian PPBM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) selepas setahun ditubuhkan.

“Sehingga kini tiada notis dikeluarkan oleh kepimpinan tertinggi PPBM mengarahkan AGM diadakan, sekali gus menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli mengenai status dan kedudukan sebenar parti termasuk ahli jawatankuasa yang memegang jawatan dalam parti.

“Kami mahu kepimpinan tertinggi parti mengadakan AGM bagi peringkat cawangan di seluruh negara dan sekiranya gagal, kami beranggapan parti ini tidak sah di sisi undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyerahkan laporan kepada ROS, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha PPBM Bahagian Semberong, Nazaruddin Md Zen; Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang,

Datuk Fadel Alwi dan Mantan Ketua PPBM Bahagian Simpang Renggam, Azmi Arshad.

Pada 9 September 2016, PPBM diberi sijil kelulusan pendaftaran parti daripada ROS di Putrajaya, diterima oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Datuk Seri Mukhriz Mahathir; dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Mengikut perlembagaan parti, selaras dengan Akta Pertubuhan 1967 dan Peraturan-Peraturan Pertubuhan 1984, satu Mesyuarat Agung peringkat cawangan dan bahagian wajib diadakan selepas setahun PPBM ditubuhkan secara rasmi.

Selain itu, kata Arjuna Putra, PPBM juga gagal mewartakan penyata kewangan termasuk jumlah dana yang diterima hasil sumbangan Pakatan Harapan khususnya DAP, bagi menaja pelbagai program peringkat cawangan.

Beliau yang masih memegang jawatan Ketua Penerangan PPBM Bahagian Kluang, berharap parti itu mengemukakan jumlah sebenar ahli dan jumlah kutipan yuran keahlian termasuk yang dibelanjakan kerana tiada sebarang akaun yang diaudit dikemukakan pihak kepimpinan.

“Sekiranya masalah ini masih tidak ditangani PPBM, kami tidak akan teragak-agak menggerakkan semua cawangan di seluruh negara untuk bangkit bersama bagi membuat laporan kepada ROS berhubung kepincangan barisan kepimpinan tertinggi PPBM,” katanya



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS

Sekianlah artikel Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tiada Mesyuarat Agung, 8 Bahagian PPBM Buat Laporan Kepada RoS dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/tiada-mesyuarat-agung-8-bahagian-ppbm.html

Subscribe to receive free email updates: