Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru

Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru
link : Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru

Baca juga


Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: PAS hari ini membuat laporan polis bagi meminta siasatan dilakukan berhubung dakwaan seorang pemimpin cawangan MIC yang meminta habuan seks daripada seorang remaja. 
 
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), N Balasubramaniam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Sentul pagi tadi. 
 
Menurut Balasubramaniam, tindakan tegas perlu dikenakan ke atas bekas pemimpin MIC itu yang juga seorang guru, jika didapati bersalah. 
 
"Bekas pemimpin cawangan MIC Batang Berjuntai itu juga seorang guru dan bagaimana boleh buat tawaran kepada pelajarnya (untuk melakukan seks).
 
"Polis dan Kementerian Pendidikan perlu ambil tindakan tegas dan menyiasat pihak lain yang terlibat sama dalam kejadian itu,” katanya.
 
Turut serta bersama beliau ialah Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmah dan Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Salleh.
 
Isu habuan seks itu mendapat perhatian sejak beberapa hari lalu susulan tersebarnya rakaman perbualan antara lelaki tersebut dengan ibu seorang remaja perempuan. 
 
Lelaki yang berusia 56 tahun dilapor menjanjikan pekerjaan kepada remaja terbabit, dan sebagai tukaran, remaja itu perlu menyerahkan tubuhnya.
 
Dalam rakaman audio berdurasi 8 minit 49 saat itu, lelaki terbabit mendakwa pernah membantu ramai gadis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat pekerjaan, selepas mereka mengadakan hubungan seks dengannya.
 
Lelaki itu dikatakan telah meletakkan jawatan dalam parti selepas rakaman perbualannya tersebar.
 
Sejumlah laporan polis juga dibuat anggota MIC dari seluruh negara mendesak siasatan terhadap tertuduh.
 
Terbaru hari ini, seorang lelaki tampil mendedahkan dirinya memiliki 60 rakaman perbualan milik bekas pemimpin cawangan MIC itu. 



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru

Sekianlah artikel Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Habuan seks: PAS buat laporan polis desak tindakan tegas ke atas guru dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/habuan-seks-pas-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates: