Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM

Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM
link : Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM

Baca juga


Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM


Terdapat tatacara operasi standard untuk mengerah pasukan tentera membantu usaha kerajaan negeri menangani bencana alam, kata Persatuan Patriot Kebangsaan (PPK).
Presiden PPK, Brig Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata kerajaan negeri tidak perlu menunggu kebenaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi untuk mendapatkan bantuan tentera.
Kita ada SOP Majlis Keselamatan Negara yang sangat jelas dan boleh diguna pakai semua negeri. Apabila bencana berlaku, Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) patut terus diaktifkan.
“Dalam perkara ini, Kementerian Pertahanan tidak mempunyai kuasa pemerintahan atas pasukan tentera. Pasukan tentera bawah kuasa pemerintahan panglima tentera darat (Datuk Seri Jeneral Zulkiple Kassim).
“Lim Guan Eng (ketua menteri) mungkin tidak diberi taklimat atau tiada komander tentera menasihatinya,” kata Arshad pada pemberita pada sidang media hari ini.
Lim menghubungi Zahid pada 3.00 pagi semalam meminta bantuan untuk kerja-kerja bantuan banjir, dan Zahid bersetuju menghantar bantuan.
Arshad berkata sepatutnya ada seorang komander tentera mewakili JKKN membantu Lim dalam situasi seperti itu.
“Saya pernah menjadi komander tentera, saya tahu proses bantuan banjir.
“Saya akan bersama JKKN, ketua setiausaha negeri, dan ketua menteri mengiringi ke mana sahaja beliau pergi dan beliau akan beritahu saya apa yang diperlukan dan saya akan atur sumber yang diperlukan.
Arshad berkata, mengikut Perintah 20 Majlis Keselamatan Negara (MKN), ada arahan mengenai bagaimana pasukan askar perlu dikerahkan sekiranya berlaku bencana alam.
Dalam masa kurang 24 jam, Pulau Pinang mencatat jumlah hujan bersamaan 1 bulan setengah.
Lim berkata ini mungkin akibat kesan Taufan Damrey yang melanda Vietnam.
Butterworth mencatat 372mm hujan semalam iaitu yang tertinggi di negeri itu. Rekod hujan tertinggi sebelum ini aalah 315mm di Empangan Air Itam tidak lama dahulu, kata Lim.
“Saya difahamkan Pulau Pinang mengalami kesan Taufan Damrey yang melanda Vietnam dan membunuh 20 orang di sana.”
Banjir itu juga dikatakan akibat fenomena air pasang, diburukkan lagi dengan sampah di longkang yang menghalang kelancaran aliran air.
Jabatan Meteorologi meramalkan lebih banyak hujan akan turun di wilayah utara Malaysia Barat.
Jabatan Meteorologi mengeluarkan “amaran oren” untuk hujan berterusan dan angin kencang yang dijangka berlaku di Pulau Pinang, Kedah, Perlis.
Majlis Keselamatan Negara sedang menyelaras polis dan tentera untuk membantu mangsa banjir.
Lebih kurang 2,800 orang ditempatkan di pusat pemindahan banjir.
Lagi 2,000 mangsa di Kedah dipindahkan dan 100 mangsa di Perak dipindahkan. - FMT


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM

Sekianlah artikel Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tentera ada SOP bantuan banjir, tak perlu kebenaran TPM dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/tentera-ada-sop-bantuan-banjir-tak.html

Subscribe to receive free email updates: