Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid

Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid
link : Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid

Baca juga


Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohamad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan akan memberi rawatan terbaik kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menjalani pembedahan bahu pada 12 November ini.
 
Perkara itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapar, G. Manivanan di Dewan Rakyat, petang tadi.
 
“Soal berkaitan Anwar Ibrahim yang dibangkitkan, saya ingin menyebutkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan menyediakan langkah-langkah memenuhi permintaan beliau sendiri dan ahli keluarga beliau.
 
“Dengan rasa simpati, saya ingin mengatakan bahawa rawatan terbaik daripada doktor pakar yang sesuai dan post operation ataupun rawatan pasca pembedahan akan diberikan kepada beliau.
 
“Dan kita tentunya berdoa agar selepas pembedahan beliau akan segera sembuh. Kita harap pegawai-pegawai kesihatan akan memberikan rawatan yang terbaik.
 
Manivanan sebelum ini membangkitkan kecederaan yang dialami Anwar selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh pada hujung September lalu.
 
Zahid kemudiannya menafikan pihak kerajaan ‘lepas tangan’ dalam isu itu sebagaimana yang diajukan wakil rakyat daripada PKR itu.
 
“Saya nak maklumkan kepada YB Kapar, siasatan itu (kemalangan Anwar) sedang dijalankan. Dan saya pasti ambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan itu jika disengajakan," kata Zahid lagi.
 
Ini bukan kali pertama Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) terbabit dalam kemalangan.
 
Bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu juga pernah terlibat kemalangan sehingga retak tulang di bahu kanannya ketika menaiki kereta dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Desa Sri Hartamas. 
 
Semalam ahli keluarga Anwar membangkitkan kebimbangan yang sama yang meminta tidak ada campur tangan dalam operasi pembedahan Ahad ini.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid

Sekianlah artikel Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan jamin rawatan terbaik kepada Anwar - Zahid dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/kerajaan-jamin-rawatan-terbaik-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: