Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal

Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal
link : Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal

Baca juga


Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos memfailkan saman fitnah terhadap Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang didakwa menipu ekoran mengatakan pemimpin Umno itu memohon maaf di depan hakim Mahkamah Tinggi, Selasa lalu.
 
Ketua Umno bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau hanya menarik balik kenyataannya mendakwa hidungnya berdarah disebabkan penyokong ketua Wanita PKR itu, tetapi tidak memohon maaf di mahkamah.
 
Zuraida menyaman Jamal berhubung kekecohan di Pusat Beli-Belah Ampang Point pada 13 November 2016.
 
Melalui proses mediasi hampir 4 jam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, kedua-dua pihak menyelesaikan kes itu selepas Jamal menarik balik kenyataan ditujukan kepada Zuraida.
 
Peguam, V Mugunthan yang mewakili Jamal berkata, ketika proses mediasi di depan Hakim S Nantha Balan, pasukan peguam pemimpin Umno itu memaklumkan Jamal tidak akan memohon maaf kepada Zuraida.
 
“Pendiriannya disampaikan kepada peguam Zuraida, Latheefa Koya serta N Surendran dan mereka bersetuju dengan kebenaran Zuraida.
 
“Tafsiran kenyataan itu jelas tidak termasuk frasa ‘meminta’ atau ‘memohon maaf’,” kata Mugunthan kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
 
Semalam, sehari selepas menyelesaikan saman fitnahnya ke atas Jamal, Zuraida menasihatkan lelaki itu bersikap lebih siuman dan tidak membuli pihak lain sesuka hati.
 
Beliau berkata, teguran sama dibuat sewaktu perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi sebelum ini.
 
Pada 13 November 2016, Jamal dan penyokongnya mengekori Zuraida serta penyokongnya ke Pusat Beli-belah Ampang Point dalam sebuah program menjelang perhimpunan Bersih 5 oleh parti pembangkang.
 
Kekecohan tercetus apabila polis cuba menghalang Jamal dan penyokongnya mengekori Zuraida.
 
Hidung Jamal kemudiannya berdarah dan beliau mendakwa dipukul penyokong Zuraida, walaupun rakaman video itu jelas menunjukkan beliau cedera akibat bergelut dengan polis.
 
Dalam saman fitnah yang difailkan 17 November lalu, Zuraida menuntut ganti rugi am selain injunksi menghalang Jamal membuat komen menghina lagi.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal

Sekianlah artikel Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saya tak mohon maaf kepada Zuraida, kata Jamal dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/saya-tak-mohon-maaf-kepada-zuraida-kata.html

Subscribe to receive free email updates: