Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana

Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana
link : Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana

Baca juga


Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana

 
Sehubungan itu, exco itu yakin pembinaannya dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) kelak.


Mohammad-Zahir_airport_600


IPOH: Perancangan mewujudkan lapangan terbang baharu di Perak bukan hanya cakap semata-mata sebaliknya usaha berterusan dilakukan bagi memastikan hasrat itu tercapai, kata Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri itu berkata bagi mewujudkan lapangan terbang baharu, perancangan teliti pelbagai aspek perlu dilakukan bersama pihak dan agensi berkaitan.

“Seperti perancangan pembinaan LCCT (Terminal Penerbangan Tambang Murah) di Lembah Beriah, Kerian kita sudah bentangkannya kepada Majlis Ekonomi Negara beberapa tahun lalu dan mendapat sokongan semua pihak.

“Bagaimanapun rancangan itu tertangguh kerana kerajaan persekutuan tidak mahu ia menjejaskan kepentingan (Lapangan Terbang Antarabangsa) Pulau Pinang, namun kita tidak pernah berputus asa,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mendakwa kerajaan negeri mungkin sambil lewa untuk mempengaruhi kerajaan pusat membina lapangan terbang bertaraf antarabangsa di Perak selepas mengambil alih pemerintahan daripada pembangkang.

Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata lapangan terbang baharu itu akan dibina tidak jauh dari Ipoh, serta tidak berhampiran dengan lapangan terbang yang sibuk seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Beliau berkata pemilihan lokasi untuk membangunkan lapangan terbang baharu itu mengambil kira faktor kawasan pertumbuhan ekonomi selain kedudukan muka bumi yang sesuai untuk pembinaannya.

Mohammad Zahir berkata kerajaan negeri tidak pernah berputus asa mewujudkan lapangan terbang baharu malah terus merancang merealisasikannya kerana pembinaannya dapat merancakkan lagi sektor pelancongan dan industri di seluruh negeri.

Sehubungan itu, beliau yakin pembinaannya dapat dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) kelak.




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana

Sekianlah artikel Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembinaan lapangan terbang baharu di Perak akan dilaksana dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/pembinaan-lapangan-terbang-baharu-di.html

Subscribe to receive free email updates: