Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit

Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit
link : Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit

Baca juga


Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit

wan-junaidi-lereng

AMPANG: Putrajaya meminta Pulau Pinang tidak lagi meneruskan projek pembangunan lereng bukit, selepas kejadian tanah tanah runtuh seperti berlaku bulan lalu berulang susulan hujan lebat hujung minggu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengulas kejadian tanah runtuh di sebuah projek perumahan baru siap di Tanjung Bungah yang belum diduduki.

“Minta tolong jangan dilaksanakanlah. Kesannya macam semalam, ada tanah runtuh.

“Nasib baik ia belum diserahkan lagi,” kata Wan Junaidi bercakap kepada media di Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Ampang, hari ini.

Wan Junaidi menggesa kerajaan negeri mengutamakan penyelesaian banjir sebelum meluluskan projek pembangunan.

Beliau menyifatkan banjir yang melanda Pulau Pinang antara yang terburuk sejak 10 tahun lalu, di sebalik jumlah hujan sebanyak 250 milimiter dalam tempoh 24 jam, melebihi kategori hujan amat lebat iaitu 150 milimiter sehari.

Menurutnya, dengan jumlah hujan yang tidak dijangka itu, mana-mana bandar juga boleh dilanda banjir.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada pembangunan di negeri itu memburukkan banjir.

“Saya hanya menyebut bahawa terdapat lebihan hujan yang tinggi hingga menyebabkan banjir di Pulau Pinang.

“Tetapi apabila hujan turun, dan jika kita membersihkan hutan dan bukit kita, ia akan mengurangkan kapasiti penyerapan air di kawasan itu dan akhirnya menyebabkan banjir.

“Dan jika keupayaan saliran kita tidak mencukupi atau tersumbat dengan lumpur atau serpihan seperti yang kita lihat di Kuala Lumpur, maka kita akan mendapat banjir,” katanya, sambil menambah terdapat pelbagai faktor penyebab banjir.

Sebelum ini, Wan Junaidi berkata sebanyak RM1.04 bilion dibelanjakan dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9) hingga RMK-11, manakala Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang diluluskan dengan jumlah RM150 juta dan dijangka bermula pada 2018.

Beberapa kawasan bandar di Pulau Pinang lumpuh selepas jalan terpaksa ditutup, manakala ratusan rumah di 5 daerah dilanda banjir kilat.

Pihak berkuasa berkata 7 orang terkorban dalam pelbagai insiden berkait banjir. Setakat 10 malam tadi, hampir 4,000 orang ditempatkan di lebih 50 pusat pemindahan.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit

Sekianlah artikel Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Putrajaya gesa Pulau Pinang henti semua projek lereng bukit dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/putrajaya-gesa-pulau-pinang-henti-semua.html

Subscribe to receive free email updates: