Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh

Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh
link : Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh

Baca juga


Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh

 
Tetapi, ASP Supari Muhammad berkata, polis belum menyiasat Perkasa atau Zakir Naik.


pastor-koh-perkasa-abduction-malaysia

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat hari ini mengakui Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mungkin relevan dengan kes penculikan Pastor Raymond Koh.

ASP Supari Muhammad dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya bagaimanapun memberitahu panel siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengenai kehilangan Koh dan 3 yang lain, polis belum menyiasat NGO memperjuangkan agenda bumiputera itu.

“Tidak, kami belum siasat, tetapi ya mereka (Perkasa) relevan untuk disiasat,” kata saksi ke-7 itu ketika menjawab soalan peguam keluarga Koh, Datuk Jerald Gomez di Ibu Pejabat Suhakam.

Terdahulu, Gomez memberitahu panel siasatan itu yang penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik menyertai satu siri ceramah di Arau, Perlis pada 10 Februari lalu, 3 hari sebelum Koh diculik.

Perkasa terkenal dalam mempertahankan pendakwah dari Mumbai itu yang dikehendaki pihak berkuasa India atas dakwaan pengubahan wang dan keganasan.

Pada 10 November lalu, Datuk Shaharudin Ali daripada Tetuan Azam Aziz Shaharudin Ali & Co di Kuala Lumpur berkata, Zakir sudah melantik firma guaman itu mewakilinya, selepas kerajaan India dilaporkan dalam peringkat akhir mengekstradisi beliau ke negara asalnya.

Mengulas lanjut, Supari berkata, ekstremisme adalah petunjuk utama untuk memulakan siasatan itu, tetapi polis belum menyiasat Zakir atau kumpulan berkaitan dengannya yang mengadakan beberapa siri ceramah “orang bukan Islam memeluk Islam”.

“Saya di dalam Jabatan Siasatan Jenayah dan menerima arahan dari ketua saya. Kami akan siasat sekiranya terima sebarang maklumat.

“Saya setuju (mereka yang berfahaman pelampau yang ada kaitan dengan kes itu harus disiasat),” katanya.

Bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata, polis akan mengkaji kemungkinan ekstremisme dikaitkan dengan penculikan Koh.

Koh diculik di Jalan SS4B/10, kurang 100m dari Kompleks Perumahan Polis di Kelana Jaya pada 13 Februari lalu, ketika beliau dalam perjalanan ke rumah rakannya di Kelana Jaya.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran menunjukkan 3 kenderaan menyekat kereta Koh dan 8 individu bertopeng melarikan beliau serta kenderaannya dari tempat kejadian.

Sehingga kini, tiada permintaan wang tebusan atau komunikasi dengan penculik, memberi gambaran yang wang bukan motif penculikan itu.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh

Sekianlah artikel Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis: Perkasa mungkin relevan dalam kes culik Koh dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/polis-perkasa-mungkin-relevan-dalam-kes.html

Subscribe to receive free email updates: