107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah

107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah
link : 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah

Baca juga


107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah

 
Seramai 11 ahli Parlimen PAS tidak mengundi.
 
 
dewan-rakyat-bajet-2018

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2018 yang memperuntukkan RM280.25 bilion untuk Bajet 2018 pada petang tadi.

Ia diluluskan dengan sokongan 107 ahli Parlimen, 59 undi bantah dan 11 lagi tidak mengundi.

“Keputusan belah bahagi adalah seperti berikut, yang tidak mengundi 11 orang, yang tidak bersetuju untuk Rang Undang-undang dibacakan kali ke-2 59 orang.

“Yang bersetuju untuk Rang Undang-Undang ini dibacakan buat kali KE-2 seramai 107 orang,” kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, beliau menolak RUU Perbekalan 2018, manakala 11 lagi ahli Parlimen PAS tidak mengundi.

“Dua ahli Parlimen tidak hadir, iaitu Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan seorang lagi Dungun (Wan Hassan Mohd Ramli),” katanya ketika dihubungi FMT.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober lalu berkata, RM234.25 bilion daripada RM280.25 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan. Ia tidak termasuk simpanan luar dianggarkan berjumlah RM2 bilion.


“Di bawah peruntukan mengurus, sebanyak RM79.15 bilion adalah untuk emolumen dan RM33.62 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.”



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah

Sekianlah artikel 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 107 ahli Parlimen sokong Bajet 2018, 59 bantah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/107-ahli-parlimen-sokong-bajet-2018-59.html

Subscribe to receive free email updates: