Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India

Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India
link : Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India

Baca juga


Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India

ANTARAPOS
 
Post Pic
 
 
CHERAS: Polis mengesahkan memantau aktiviti dan pergerakan pendakwah terkenal dari India, Dr Zakir Naik.
 
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata tindakan akan diambil sekiranya ada aktiviti penceramah itu yang boleh menjejaskan ketenteraman awam atau keselamatan negara. 
 
"Sebab dia ni personaliti yang menarik perhatian keselamatan dan membabitkan isu sensitif, jadi kita akan buat tindakan sewajarnya," katanya kepada media selepas mengadakan lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini.
 
Zakir dikehendaki oleh pihak berkuasa negaranya sendiri atas tuduhan berkaitan keganasan, hasutan dan ucapan kebencian.
 
Agensi Keselamatan India (NIA) pada Oktober lalu mengemukakan dakwaan jenayah ke atas Zakir di mahkamah.
 
Antara lain Zakir dituduh menghasut pemuda di negara itu terbabit dalam kegiatan pengganas, menghina kepercayaan Hindu, Kristian dan Syiah, serta mengetuai pertubuhan haram.
 
Dalam pada itu Mohamad Fuzi juga mengesahkan polis belum menerima sebarang permohonan rasmi daripada kerajaan India untuk mengekstradisi Zakir.
 
"Macam mana nak ekstradiri kalau tak ada permohonan dibuat?" katanya.
 
Zakir, 52, pada ketika ini melantik sebuah firma guaman di Malaysia, selepas kerajaan India dilaporkan dalam peringkat akhir mengekstradisi pendakwah kontroversi itu ke negara asal untuk siasatan berkaitan dakwaan pengubahan wang dan keganasan.
 
Dalam perkembangan berasingan, Mohamad Fuzi berkata kertas siasatan terhadap Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin,
sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara.
 
Zamihan direman selama dua hari pada Oktober lalu susulan kenyataan beliau terhadap Sultan Johor dan masyarakat bukan Islam, dalam satu ceramah di sebuah masjid di Shah Alam. 
 
Dia disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India

Sekianlah artikel Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis pantau Zakir Naik, belum terima permohonan ekstradisi dari India dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/polis-pantau-zakir-naik-belum-terima.html

Subscribe to receive free email updates: