KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat

KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat
link : KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat

Baca juga


KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
CHERAS: Siasatan ke atas bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan perlu dilakukan berikutan terdapat laporan polis dibuat terhadap aktivis itu.
 
Ketua Polis Negara, Tan Mohamad Fuzi Harun dalam pada itu menolak kononnya siasatan tersebut dilakukan bagi menakut-nakutkan wanita itu.
 
“Terdapat laporan polis yang dibuat, jadi kita kena buka siasatan dan selepas semua kenyataan dan siasatan dibuat kami akan hantar kepada pihak berkuasa masing-masing untuk diambil tindakan susulan. 
 
“Kita siasat akan akan dipersalah, tak siasat pun akan dipersalah," katanya.
 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Majlis Peguam yang mengutuk siasatan ke atas Ambiga dan menyifatkan tindakan menakut-nakutkan wanita itu seolah-olah menghina mahkamah di United Kingdom, di mana perbicaraan berlangsung membabitkan Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.  
 
Mohamad Fuzi sebelum itu mengadakan lawatan kerja ke Unit Tindakan Khas (UTK) di Cheras hari ini.
 
Ambiga disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam bersabit saman fitnah yang difailkan oleh PAS terhadap Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown. 
 
Aktivis itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988.
 
Seksyen berkenaan memperuntukkan kesalahan kerana membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap negara atau terhadap ketenteraman.
 
Sekiranya sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya.
 
Siasatan itu atas dakwaan bahawa Ambiga menyalurkan maklumat kepada Rewcastle-Brown kononnya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima sejumlah wang yang besar daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
Rewcastle-Brown dalam pernyataan pembelaannya terhadap saman fitnah yang difailkan Abdul Hadi sebelum ini menamakan Ambiga sebagai sumber maklumatnya dalam pengeluaran artikel bertajuk 'As Najib denies all over 1MDB let's not forget his many other criminal connections'.
 
Artikel itu disiarkan menerusi portal Sarawak Report pada 6 Ogos 2016, yang mendakwa PAS menerima dana berjumlah RM90 juta sebagai habuan menyokong Barisan Nasional (BN).
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat

Sekianlah artikel KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPN: Perlu siasat Ambiga kerana ada laporan polis dibuat dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/kpn-perlu-siasat-ambiga-kerana-ada.html

Subscribe to receive free email updates: