Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan

Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan
link : Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan

Baca juga


Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan


ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan perundangan terhadap pihak yang menyebarkan gambar peribadi anak-anaknya yang kini tular di media sosial, kerana turut memaparkan kenyataan berbaur fitnah.

Katanya, beliau akan rujuk perkara itu kepada peguam dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

“Ada disebut dalam kenyataan itu, konon kemewahan ditunjukkan dalam gambar berkenaan dari sumber yang dikatakan curi wang rakyat. Jika dilapor begitu, saya berhak pertimbang tindakan perundangan kerana itu fitnah serius,” katanya.

Menurutnya, beliau kesal kerana tuduhan berkenaan turut dicetak di salah sebuah akhbar, kelmarin.

“Kita siasat siapa pemilik Facebook itu, termasuk pihak berkaitan. Mereka guna gambar peribadi (keluarga)  untuk beri gambaran negatif terhadap ahli politik dengan libatkan ahli keluarga, ia tak wajar berlaku,” katanya.

Beliau berkata, tuduhan mencuri wang rakyat serius kerana sumber kekayaan bukan daripada hasil seperti didakwa.

“Saya fikir ia perbuatan pihak sama. Perkara sebegini berlaku secara bersiri, sejak dulu lagi serangan peribadi terhadap saya dan keluarga bertali arus.

"Sebelum ini, pejabat saya dan ahli keluarga diperiksa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serentak, setelah lebih dua bulan dapat surat katanya salah satu syarikat saya tak bayar cukai RM21,000 (2009), apabila disemak sudah dibayar,” katanya.

Mukhriz turut mempersoal nilai berita yang dipaparkan itu kerana ia bersifat terlalu peribadi.

Kelmarin, akhbar tempatan menyiarkan kemewahan anak-anak Mukhriz bercuti atas bot mewah yang tertera nama anaknya, yang didakwa dimuat naik pengendali akaun Facebook, Sudahlah Mahathir. Gambar itu dikatakan diambil dari Instagram anak Mukhriz ketika bercuti di luar negara. - SH


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan

Sekianlah artikel Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gambar anak tersebar, Mukhriz mungkin ambil tindakan dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/gambar-anak-tersebar-mukhriz-mungkin.html

Subscribe to receive free email updates: