Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul

Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul
link : Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul

Baca juga


Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul

 
 


Sewaktu mengumumkan kemasukan beliau ke dalam DAP semalam, 10 Oktober 2017, Datuk Yeop Adlan Che Rose menyebut mengenai kegagalan UMNO dan PAS dalam “persoalan yang utama”, iaitu “kedudukan orang Melayu kita, nak membelakan nasib Melayu kita”.

Peliknya, bila menonton wawancara portal berita DAP, RoketKini, dengan beliau pada 3 November 2017, jelas disebut oleh Datuk Yeop Adlan mengenai kekaguman beliau terhadap corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh pemimpin Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP.

Datuk Yeop Adlan menyebut mengenai betapa Malaysia kononnya rugi “sebab tidak dapat merasa manfaat daripada kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP” tetapi ini boleh ditebus dengan menyokong DAP, parti serpihan PAP.

Tegas beliau: “Sebenarnya bila kita menyingkirkan Singapura dan apabila kita melihatkan pencapaian yang dia dapat di sana, boleh jadi masuk dunia pertama dalam masa 20 tahun, sebenarnya bukankah kita rugi sebab tidak merasa manfaat daripada kepimpinan yang boleh ditunjukkan oleh Singapura, Lee Kuan Yew, dan PAP, bukan begitu? Dan kalau tidak pun, baik, sekarang kita ada DAP, DAP serpihan daripada PAP di sana, dan DAP pun dia berlandaskan yang sama jugak, yakni Malaysian Malaysia, Malaysia untuk semua orang, dan keadilan untuk semua, apa pasal kita tak sokong?”

Saya tidak tahu bagaimana Datuk Yeop Adlan boleh menggabungkan hasrat beliau untuk membela nasib orang Melayu dengan kekaguman beliau terhadap corak pemerintahan yang ditunjukkan oleh pemimpin Singapura dan PAP ini kerana banyak bukti menunjukkan kedua-dua perkara ini adalah tidak selari. Contoh paling nyata adalah tesis PhD Dr Lily Zubaidah Rahim dari University of Sydney pada 1994 bertajuk “The Singapore Dilemma: The Political and Educational Marginality of the Malay Community” yang diterbitkan dalam buku dengan tajuk sama oleh Oxford University Press pada 1998.

Begitulah juga dengan tindakan Datuk Yeop Adlan menggabungkan hasrat beliau untuk membela nasib orang Melayu dengan seruan menyokong DAP yang sangat tidak selari.

Lebih jauh lagi, Datuk Yeop Adlan juga, di dalam wawancara sama, menggambarkan betapa beliau tidak mempunyai apa-apa visi tertentu melainkan hanya akan patuh kepada apa saja arahan pimpinan DAP terhadap beliau dengan berkata: “Saya dah bagitahu kepada pimpinan DAP, terpulang kepada DAP, saya tahu disiplin dia apabila kita dah masuk satu parti itu terpulang kepada parti itu sendiri menentukan apa saya boleh digunakan untuk faedah parti, saya patuh sajalah, itu disiplin dia”.

Sama taraf dengan Datuk A Samad Said saja (hamba DAP) Datuk Yeop Adlan ini rupanya.

*Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul

Sekianlah artikel Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bagaimana Yeop Adlan Mahu Martabatkan Melayu Jika Ikut Model PAP Singapura -Dr Kamarul dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/bagaimana-yeop-adlan-mahu-martabatkan.html

Subscribe to receive free email updates: