Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil

Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil
link : Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil

Baca juga


Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan permohonan semakan semula terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan beliau hadir pada pendengaran rayuan kes sivilnya atas alasan kegagalan kuorum.
 
Notis usul untuk semakan di bawah Kaedah 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 dan afidavit Anwar yang menyokong permohonan semakannya difailkan oleh firma guaman, Tetuan Damian & Gamany di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.
 
Dalam permohonan itu, Anwar, 69, menuntut Mahkamah Persekutuan untuk menyemak semula dan mengetepikan keputusan terdahulu pada 27 Oktober lepas dan mahu perkara itu didengar semula.
 
Dalam afidavitnya, bekas ketua pembangkang itu menyatakan terdapat kegagalan kuorum pada panel tiga hakim sebelum ini dengan mendakwa pelantikan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Tambahan bagi Mahkamah Persekutuan dan Presiden Mahkamah Rayuan tidak mengikut perlembagaan.
 
Hakim Zulkefli mempengerusikan panel tiga hakim itu ketika menolak permohonan Anwar untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonannya bagi kebenaran untuk merayu berhubung hak mengundi pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei 2015.
 
Anwar berkata sidang Mahkamah Persekutuan pada 27 Oktober lepas adalah buruk dari segi kuorum apabila paling minimum tiga hakim diperlukan mengikut Seksyen 71 (1) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang tidak dipatuhi.
 
Anwar ini sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh bagi sabitan tuduhan kes liwat.
 
Pada 13 Jun lepas, Anwar gagal dalam rayuannya apabila Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 15 Julai tahun lepas yang menolak saman pemula Anwar yang memohon perisytiharan bahawa beliau mempunyai hak untuk mengundi pada pilihan raya kecil itu.
 
Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa memandangkan Anwar adalah banduan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai bidang kuasa untuk membawanya ke pusat mengundi untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
 
Mahkamah tersebut turut memutuskan bahawa banduan berkenaan perlu memohon kepada Ketua Pengarah Jabatan Penjara bagi membuat aturan yang perlu untuk membenarkan seorang banduan mengundi.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil

Sekianlah artikel Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Anwar fail semakan untuk hadir prosiding kes sivil dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/anwar-fail-semakan-untuk-hadir.html

Subscribe to receive free email updates: