ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor

ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor
link : ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor

Baca juga


ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM : Ahli Dewan Negeri (ADN) Barisan Nasional, Dato’ Mat Nadzari Ahmad Dahlan gagal memahami konteks pelaburan yang giat dilaksanakan Kerajaan Negeri kini.

Exco Pelaburan, Perindustrian Industri Kecil Sederhana (IKS), Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri melaksanakan dasar terbuka kepada China untuk menggalakkan pelaburan dari luar ke negeri ini.



“Kalau kita tidak faham, janganlah tunjukkan kejahilan kita. Kerajaan Negeri melihat, China sebagai sebuah negara berpotensi untuk merealisasikan misi pelaburan Selangor.

“Kita tidak boleh nafikan China sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar di dunia, dan kita kini melihat wujudnya peluang pelaburan itu.

“Justeru, Selangor merancang melihat apakah jenis pelaburan bersesuaian di Selangor contohnya dalam pelaburan teknologi tinggi, Smart City, Aerospace atau E-Commerce,” katanya.

Pada masa sama, Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan dasar penjualan tanah kepada pelabur luar sebagaimana yang berlaku di peringkat Persekutuan kini.

Beliau mendakwa, wujudnya penjualan tanah kepada pelabur luar yang dianggap taktik kotor dalam menggalakan pelaburan negara luar ke Malaysia.

“Kita tidak melutut kepada rakyat negara lain, Selangor mencari pelaburan. Apabila China memilih untuk melebarkan jaringan pelaburan mereka di luar negara, Selangor menggalakkan pelaburan di sini.

“Kita bukan ikut cara negeri lain, mereka jual tanah tanpa buat tapak perindustrian kepada pelabur. Mereka jual tanah, contohnya di Pahang ada tanah rakyat sendiri tak boleh masuk sebab tanah sudah dijual kepada pelabur,” katanya.



Terdahulu, Selangor berhasrat menjadi rakan kongsi dagangan aktif China memandangkan negara tembok besar itu merupakan antara pelabur utama dengan nilai terkumpul hampir RM3.2 bilion.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Kerajaan Negeri mengalukan hubungan lebih kukuh memandangkan pelabuhan kontena tersibuk kedua di ASEAN, Pelabuhan Klang adalah kunci kepada pertumbuhan perdagangan strategik antara Selangor dan Guangdong.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor

Sekianlah artikel ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ADN BN gagal faham misi pelaburan Selangor dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/11/adn-bn-gagal-faham-misi-pelaburan.html

Subscribe to receive free email updates: