Judul : Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu
link : Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu
Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu mengakui tidak menyesal meninggalkan parti lamanya, Pas.
Tidak rindu dengan perjuangan parti lamanya, Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau kini lebih senang berada dalam Amanah bersama rakan seperjuangannya.
"Kita tak rindu Pas, bahkan mereka yang rindu kita. Kebanyakan rakan kita dalam Pas dahulu teruja mahu berjabat tangan dengan kita yang telah meninggalkan mereka.
"Cuma bila lalu markas Pas, terdetik rasa sedih kerana dahulu kita juga yang sanggup bersusah payah mencari dana untuk membina markas tersebut. Namun kini markas itu jugalah yang digunakan untuk memburukkan kita," katanya kepada Sinar Online, selepas tamat sidang media Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, di sini, hari ini.
Mengulas perjuangan Amanah yang berada bersama Pakatan Harapan, beliau berkata, beliau yakin yang Pakatan mampu mendepani cabaran BN pada PRU14 akan datang.
Menurutnya, Pas tidak akan dapat menandingi kekuatan Pakatan kerana mereka tidak bersama dengan pakatan.
"Meskipun berlaku pertembungan tiga penjuru, yang akan betul-betul memberi persaingan hanyalah BN atau Pakatan.
"Pas akan jauh ketinggalan, mungkin akan hilang deposit.Ini kerana Pas tidak akan menang jika bersendirian," katanya lagi. - SH
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu
Sekianlah artikel Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya tak rindu, tapi Pas yang rindu saya: Mat Sabu dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/saya-tak-rindu-tapi-pas-yang-rindu-saya.html