Judul : PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir
link : PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir
PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir
ANTARAPOSKOTA BHARU: Pimpinan PAS Kelantan tidak terkesan dengan dakwaan ramai ahlinya beralih arah kepada Umno.
Sebaliknya, menurut Setiausaha PAS Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, tindakan begitu menunjukkan satu petanda bahawa negara akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 dalam waktu terdekat.
"Apabila kita semak, mereka ini (ahli) yang memang bermasalah. Yang selalu ada masalah dengan wakil rakyat sebelum ini dan wakil rakyat baru. Tapi dalam parti bermasalah macam mana pun kita tetap jaga.
"Bila tiba musim pilihan raya, adalah yang dipujuk (masuk Umno) tetapi tidaklah dengan jumlah seperti diperbesarkan," katanya sebagaimana memetik laporan Malaysiakini.
Respon itu merujuk kepada tindakan 50 ahli PAS di Pasir PAS keluar parti dan menyertai Umno pada Jumaat lalu.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menerima borang penyertaan itu berkata parti itu akan menerima lebih ramai lagi ahli baru.
Che Abdullah bagaimanapun enggan ambil kisah terhadap usaha keluar parti itu.
"Tetapi PAS tak pandang mudah kerana bagi kita setiap orang pengundi cukup penting, memang ada segelintir yang kecewa dengan macam-macam sebab, cuma kalau jauh dengan pilihan raya, isu itu tidak dibangkitkan.
"Sebaliknya bila menjelang pilihanraya, perkara seperti itu diberi tumpuan," katanya.
Tegasnya apa yang penting kini buat PAS adalah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya dengan tetap bertanding di 45 kerusi DUN di Kelantan.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir
Sekianlah artikel PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS kata ahli masuk Umno tanda PRU14 semakin hampir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/pas-kata-ahli-masuk-umno-tanda-pru14.html