Judul : Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh
link : Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh
Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh
ANTARAPOSPORT DICKSON: Sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka yang sedang tidur di sebuah bilik suite hotel di Port Dickson terkejut apabila siling dan bumbung bilik mewah itu tiba-tiba runtuh dalam kejadian kira-kira 4.22 pagi tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Port Dickson Zamhuri Zainnordin berkata kejadian di tingkat paling atas bangunan 6 tingkat itu turut menyebabkan suami isteri berusia 52 dan 51 tahun itu mengalami cedera ringan manakala anak mereka, 27, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Runtuhan ini melibatkan siling, bumbung serta dinding bilik hotel… hanya sebuah bilik ini sahaja yang terjejas manakala bilik-bilik lain di tingkat itu yang kebetulan tiada pelanggan, tidak mengalami sebarang kerosakan,” katanya dipetik sebuah agensi portal berita.
Beliau juga berkata siasatan awal bomba mendapati keseluruhan bangunan hotel tidak terjejas.
“Kita masih menyiasat lanjut punca kejadian,” katanya.
Difahamkan sisa runtuhan konkrit juga menghempap kereta di ruang parkir hotel berkenaan.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh
Sekianlah artikel Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Dua cedera akibat siling, dinding hotel runtuh dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/10/dua-cedera-akibat-siling-dinding-hotel.html