Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !

Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !
link : Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !

Baca juga


Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !


KUALA LUMPUR: Selepas mendedahkan data peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi dicabar untuk mendedahkan siapakah ‘individu berpangkat’ yang menjadi dalang pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis pada tahun 2015.

Gesaan ini dibuat Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh dalam sidang medianya di Parlimen.

Menurut Kasthuri, berdasarkan laporan media, tiga daripada 10 dalang penyeludup manusia tersebut merupakan ‘jerung’ yang kini berada di penjara negara Thai.

Zahid pada 1 Jun lalu pula menyatakan bahawa kerajaan dalam proses untuk mengekstradisi tiga suspek tersebut untuk dibicarakan di Malaysia.

“Persoalannya adalah siapakah tiga dalang dari negara Malaysia yang ‘berpangkat’ jerung dan mengapakah mereka tidak didakwa dan disabit di Malaysia?

“Memandangkan Zahid Hamidi tidak terkilan mendedahkan maklumat peribadi mantan Perdana Menteri diatas platform politik dalam program UMNO dengan niat mengaibkan Tun Mahathir, maka kami mencabar adakah beliau untuk mendedahkan nama-nama tiga suspek pemain utama sindiket pemerdagangan manusia di Wang Kelian dua tahun lepas,” kata Kasthuri.

Dalam penemuan mengejutkan di Wang Kelian itu, 139 mayat terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak ditemui di 28 kem tahanan di Wang Kelian dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia daripada negara Thai ke Malaysia. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia !

Sekianlah artikel Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zahid Di Cabar Untuk Dedah Siapa Tiga 'Jerung', Kes Seludup Manusia ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/zahid-di-cabar-untuk-dedah-siapa-tiga.html

Subscribe to receive free email updates: