Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !

Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara ! - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !
link : Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !

Baca juga


Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !


KUALA LUMPUR:  Kerajaan Malaysia perlu menyenaraihitam semua individu yang bertanggungjawab menyebabkan kerajaan gagal membayar hutang sebanyak RM2.58 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) kata Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

“Jika (peminjam) PTPTN, lepasan graduan tak mampu bayar balik, apa yang kerajaan Malaysia buat ialah senarai hitamkan mereka, halang mereka dari ke luar negara.

“Saya rasa, kalau (kerajaan) tak ada alasan yang baik mengapa 1MDB dan Kementerian Kewangan tidak dapat bayar hutang ini, mereka yang terlibat perlu disenarai hitamkan dari ke luar negara sehingga isu ini diselesaikan,” katanya kepada media.

Sehingga bulan Mac tahun ini, PTPTN mencatatkan seramai 663,000 gagal membayar langsung hutang mereka dengan jumlah wang terkumpul RM4.7 bilion.

Jumlah hutang yang gagal dibayar kerajaan kepada IPIC pula sebanyak RM2.58 bilion bersamaan 53.7 peratus dari jumlah hutang PTPTN yang tidak dibayar.

“Jadi, dalam kes ini kerajaan Malaysia tak mampu bayar hutang. Soalan saya adakah Menteri Kewangan dan ahli lembaga pengarah 1MDB, bukankah mereka yang patut disenarai hitamkan?

“PTPTN you blacklist, kes (hutang) ini tak blacklist,” katanya lagi.

Terlebih dahulu, Lip Eng menggesa supaya Parlimen membahaskan kegagalan kerajaan membayar balik hutang tersebut.

“Saya minta bahaskan bagaimana Kerajaan Malaysia mendapat dana wang untuk bayar balik wang kepada IPIC.

“Tujuan pembahasan ini supaya tidak menjatuhkan lagi imej negara di mata dunia,” tegasnya.

Semalam, media melaporkan kerajaan gagal membayar sejumlah AS$602.75 juta (RM2.58 bilion) hutang kepada IPIC dalam jangka masa yang ditetapkan.

Jumlah bayaran tersebut adalah separuh daripada jumlah keseluruhan hutang kerajaan kepada IPIC iaitu AS$1.2 bilion – yang terkumpul akibat daripada skandal membabitkan firma pelaburan negara, 1MDB – setelah penyelesaian dicapai kedua-dua belah pihak pada 24 April lepas. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara !

Sekianlah artikel Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Halang "Pihak Pengurusan" 1MDB Daripada "Meninggalkan" Negara ! dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/halang-pihak-pengurusan-1mdb-daripada.html

Subscribe to receive free email updates: