Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB

Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB
link : Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB

Baca juga


Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB


KENYATAAN MEDIA

BNM Perlu Siasat Semula 1MDB Berdasarkan Maklumat Terbaru

Hari ini kami Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang telah menyerahkan satu memorandum kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).


Memorandum tersebut mengandungi maklumat dari dokumen saman Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat berkenaan aliran wang yang dipercayai diseleweng dari dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melalui pengubahan wang haram yang menggunapakai institusi perbankan di negara ini, termasuklah:

1) USD 732.3 juta yang didakwa disalurkan ke dalam satu akaun AmBank yang dimiliki YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Dato’ Sri Najib Razak di antara Februari 2011 ke Jun 2014; dan

2) USD 620 juta yang didakwa dihantar ke luar negara pada 26 Ogos 2013 daripada akaun AmBank yang sama ke akaun syarikat Tanore Finance Corporation di BSI Bank, Singapura.

Maklumat ini telah diketahui umum selepas pengumuman denda kompaun yang dikenakan BNM terhadap 1MDB.

Kami juga meminta BNM untuk menyiasat kesahihan pelaburan ‘unit’ yang pada seketika waktu bernilai USD 2.318 bilion yang sebelum ini disimpan didalam akaun Bank BSI, Singapura sebagai bank pemegang amanah (“custodian bank”). Kami percaya bahawa kegagalan 1MDB untuk menebus pelaburan ‘unit’ tersebut untuk membayar hutang kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC), telah menjejaskan integriti sistem kewangan Malaysia.

BNM perlu menyiasat perkara-perkara ini secara proaktif dan telus, dan kami bersedia memberikan sebarang kerjasama berkait isu ini sekiranya perlu, demi rakyat Malaysia dan integriti sistem kewangan negara.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Ketua Pembangkang
Presiden KEADILAN
YB Lim Kit Siang
Ketua Parlimen DAP
YB Datuk Dr Mujahid Yusof
Naib Presiden AMANAH
YBhg Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman
Naib Presiden PPBM
YB Ignatius Dorell Leiking
Timbalan Presiden WARISAN
YB Dato' Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena (PAS)
3 Ogos 2017


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB

Sekianlah artikel Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wakil PAS turut Bersama : MP Berarak, Mahu BNM Siasat Semula 1MDB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/wakil-pas-turut-bersama-mp-berarak-mahu.html

Subscribe to receive free email updates: