Judul : SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
link : SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) enggan mengulas dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pernah mempunyai RM230 juta dalam akaun banknya.
“Tiada komen,” kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Mohamad Jamidan Abdullah.
Ditanya sama ada SPRM akan memanggil Mahathir, bekas perdana menteri keempat, Jamidan berkata:
"Kemudian, kemudian. Kita mungkin komen kemudian. Tiada masalah,” katanya.
Mahathir pada 2 Ogos mendakwa Zahid pada 1996 mengisytiharkan padanya memiliki sembilan angka dalam akaun bank dan memberi jawapan “kurang jelas” ketika ditanya sumbernya.
Mahathir membuat serangan itu selepas Zahid membangkitkan isu keturunan India Mahathir dengan mendakwa nama asal Pengerusi Pakatan Harapan itu adalah “Mahathir a/l Iskandar Kutyy”.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid
Sekianlah artikel SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPRM enggan ulas dakwaan RM230 juta dalam akaun Zahid dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/sprm-enggan-ulas-dakwaan-rm230-juta.html