SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar

SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar
link : SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar

Baca juga


SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak pernah menolak permohonan daripada mana-mana parti politik untuk mendaftarkan logo atau simbol bagi digunakan dalam pilihan raya sekiranya logo tersebut telah diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
 
Mengulas laporan sebuah akhbar semalam bertajuk "Mustahil SPR Lulus Logo", Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan berniat serong untuk menimbulkan persepsi negatif terhadap SPR serta mengelirukan rakyat.
 
"Dakwaan bahawa pendaftaran logo tidak mungkin diluluskan oleh SPR adalah kenyataan yang bersifat pramatang dan tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan, di Putrajaya hari ini.
 
Beliau berkata buat masa ini tiada sebarang permohonan berkaitan perkara itu dibuat kepada SPR.
 
"Dalam perkara ini, SPR difahamkan bahawa status pendaftaran gabungan parti-parti serta simbol parti berkenaan masih belum diluluskan oleh RoS," katanya.
 
Berikutan itu, Mohd Hashim berkata setelah simbol parti berkenaan diluluskan oleh RoS, dan sekiranya dirujuk kepada SPR, tindakan selanjutnya mengikut undang-undang akan dibuat oleh SPR.
 
Semalam, Pengerusi PKR Terengganu Azan Ismail dipetik sebagai berkata adalah mustahil SPR akan meluluskan penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan dalam pilihan raya walaupun logo tersebut diluluskan RoS.
 
Menurutnya penggunaan logo rasmi Pakatan Harapan yang mewakili PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu sudah tentu memberi saingan sengit kepada Barisan Nasional.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar

Sekianlah artikel SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR tidak pernah tolak simbol parti politik berdaftar dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/spr-tidak-pernah-tolak-simbol-parti.html

Subscribe to receive free email updates: