Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis

Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis
link : Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis

Baca juga


Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memburu umat Islam yang menyertai kumpulan atheis supaya fahaman bertentangan dengan agama itu tidak tersebar dan berkembang dalam negara ini.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata fahaman atheis amat berbahaya dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.
 
"Kita mesti buru mereka sebab negara ini adalah negara beragama. Walaupun kita Islam, kita masih ada banyak agama yang lain seperti Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya.
 
"Tidak ada yang tidak beragama dan Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan agama-agama lain diamalkan dengan damai. Ia tak sebut atheis. (Sedangkan) atheis melanggar Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi," katanya kepada pemberita dalam sidang medianya di Dewan Rakyat, petang tadi.
 
Fahaman atheis didakwa mula berkembang di negara ini, malah satu himpunan berkaitan fahaman ini buat kali pertama telah diadakan di negara ini, dan diasaskan oleh Armin Navabi, seorang individu yang berasal dari Iran.
 
Shahidan dalam pada itu menggesa penglibatan pelbagai pihak dalam membanteras fahaman berkenaan.
 
"Kita kena kembalikan mereka semula dan perbetulkan akidahnya jika mereka orang Islam sebab mereka bukan hendak jadi atheis, sebaliknya kekurangan ilmu agama.
 
"Kepada mufti-mufti dan exco negeri kena beri perhatian. Walaupun bilangan mereka sedikit, kita kena buat secara berhemah, jangan buat dengan cara yang menimbulkan simpati, nanti mereka popular pula," kata Shahidan lagi.
 
Kerajaan sebelum ini berkata akan menyiasat kumpulan umat Islam yang menyertai Kelab Atheis Republic Kuala Lumpur sebagaimana yang tular baru-baru ini.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis

Sekianlah artikel Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan buru penganut Islam yang sertai atheis dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/kerajaan-buru-penganut-islam-yang.html

Subscribe to receive free email updates: