Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis

Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis
link : Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis

Baca juga


Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis


SHAH ALAM: Kerajaan Persekutuan digesa memberi kerjasama dengan Mahkamah Perancis berhubung siasatan terhadap Abdul Razak Baginda yang didakwa dengan pertuduhan jenayah urus niaga penjualan kapal selam Scorpene, desak kumpulan persatuan sivil.

Menerusi kenyataan bersama, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) berkata, peguam Perancis, William Bourdon mengesahkan Razak didakwa atas tuduhan ‘bersubahat dengan aktif dan pasif dalam rasuah’ serta ‘penyelewengan harta korporat’.

Katanya, Bourdon mengesahkan perkara itu kepada Pengarah Eksekutif SUARAM, Sevan Doraisamy dan C4, Cynthia Gabriel, bahawa Razak didakwa pada 18 Julai lalu.

“Peguam mereka berkata tidak sepatutnya wujud keraguan terhadap pendakwaan itu kerana Perancis mempunyai sistem mahkamah dua peringkat dan semua yang didakwa akan dibawa ke mahkamah lebih tinggi apabila inkuiri disiapkan.

“Bourdon turut memberitahu SUARAM dan C4 bahawa hakim yang menyiasat Roger LeLoire menulis 11 halaman penghakiman berasingan untuk pendakwaan Razak dan rasional tuduhan jenayah dikenakan terhadapnya,” katanya lapor Malaysian Insight.

Menyambut baik keputusan itu, Sevan berkata, pendakwaan terhadap Razak mengesahkan kebimbangan mereka terhadap aktiviti penyelewengan wang rakyat menerusi pemerolehan urus niaga, pada 2002.

SUARAM dan C4 turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap kes itu serta-merta dan tindakan berdiam diri hanya akan memalukan Malaysia.

“Pihak berkuasa Malaysia tidak boleh lagi terus berdiam diri berkenaan urus niaga Scorpene, terutama dengan perkembangan terkini di Perancis.

“Memandangkan pegawai dan perunding utama Malaysia dalam urus niaga itu didakwa dengan pertuduhan jenayah, ia menunjukkan berlaku rasuah besar-besaran berhubung kes berkenaan,” katanya.

Razak merupakan penasihat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak semasa beliau menjawat jawatan Menteri Pertahanan antara 2000 dan 2008.

Dalam tempoh itu, Najib menyelia perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene dan kapal selam jenis Agosta bernilai RM5 bilion dari unit limbungan kapal DCN Perancis, yang dikaitkan dengan Kumpulan Thales, sebuah syarikat teknologi pertahanan di negara itu.

Pasukan penyiasat di Perancis juga sedang meneliti dakwaan kononnya €114 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, yang pada masa itu dikawal isteri Razak sebagai sebahagian daripada urus niaga.

Setakat ini, empat eksekutif industri pertahanan Perancis sudah didakwa sejak siasatan bermula. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis

Sekianlah artikel Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal Scorpene: Jenayah, Razak Baginda Kena 'Dakwa' Di Perancis dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/skandal-scorpene-jenayah-razak-baginda.html

Subscribe to receive free email updates: