Judul : Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian
link : Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian
Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian
Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid diminta mendedahkan tiga dalang utama berkaitan kes pemerdagangan manusia yang berlaku di Wang Kelian, Perlis, dua tahun lalu.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata selepas empat anggota polis yang disyaki terlibat disiasat dan kemudiannya dibebaskan kerana tiada bukti untuk mendakwa, Kementerian Dalam Negeri juga didakwa tiada mempunyai apa-apa cadangan untuk mengeluarkan kertas putih bersabit kes pemerdagangan manusia itu.
"Mahkamah jenayah di Thailand telah menyabitkan kesalahan terhadap 62 orang yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia yang merupakan kes pemerdagangan manusia yang terbesar di Thailand.
"Penyabitan ini menghantar satu mesej jelas kepada sindiket pemerdagangan manusia bahawa jika didapati bersalah maka hukuman berat akan dikenakan tanpa mengira status dan pangkat.
"Zahid menyatakan bahawa Malaysia sedang dalam proses untuk mendapatkan tiga suspek utama dalam kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian dari Thailand, selepas pada asalmya bilangan suspek yang terlibat adalah 10 orang," katanya di sidang media bersama Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh pada hari ini.
Kasthuri kemudiannya meminta Zahid membuktikan kecekapan dalam menyelesaikan kes yang berlaku pada 2015 itu memandangkan Malaysia kini dinaikkan kepada Tier 2 dalam Laporan Tahunan mengenai Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat yang dikeluarkan oleh Jabatan Negara Amerika Syarikat.
Untuk rekod pada Mei 2015 pasukan keselamatan menemui 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia di Bukit Wang Burma, Wang Kelian.
Kira-kira 106 rangka mayat dipercayai mangsa sindiket ditemui hasil operasi menggali dan mengeluarkan rangka mayat mangsa.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian
Sekianlah artikel Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembangkang minta Zahid dedah dalang utama kes pemerdagangan manusia Wang Kelian dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pembangkang-minta-zahid-dedah-dalang.html