Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari

Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari
link : Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari

Baca juga


Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari

 KHAULAH MUHAMMAD

 


Benih bunga matahari dari Australia di bahagi-bahagikan kepada sekumpulan 150 pekebun sayur di tebing sungai Kelantan berhampiran pekan Tendong.

Adun Salor, Datuk Husam Musa yang menyampaikan benih tersebut berkata beliau mendapat input pertanian itu dari petani Australia ketika melawat negara itu baru-baru ini.

"Bunga matahari yang berwarna kuning akan menjadikan tebing sungai Kelantan begitu indah jika ditanam secara besar-besaran," katanya ketika berucap di majlis penyampaian anak pokok jenerih dan benih bunga matahari di perkarangan pusat peduli rakyat Amanah Dun Tendong petang tadi.

Menurut Husam industri bunga matahari amat lumayan bagi petani di Australia.

"Bijinya yang menjadi makanan ringan seperti kekacang digemari oleh pengguna di seluruh dunia.

"Tanaman ini ditanam secara besar-besaran dan diurus dengan begitu sistematik menjadikan ia satu sumber pendapatan bessar kepada para petani di sana," katanya.

Berkenaan pokok jenerih yang merupakan sumber ulam-ulaman penting, beliau yakin tanaman itu mampu dikomersialkan.

"Dengan perkembangan pembangunan sekarang, sumber ulam-ulaman tidak lagi mudah diperolehi.

"Ulam-ulam seperti pucuk ketereh, ulam raja dan jenerih yang dulunya boleh dicari di sekeliling rumah dengan percuma kini menjadi begitu mahal," katanya.

Sekiranya ada perancangan baik beliau berkata para petani boleh menggandakan pendapatan mereka dengan menanam ulam-ulaman ini.

"Kita perlu selaraskan supaya petani dirancang untuk mengeluarkan pelbagai jenis ulam yang mengikut kehendak pasaran.

"Jika sistem pasaran ini dibuat berterusan, saya yakin industri pertanian seperti ini akan menarik lebih ramai pengusaha kerana perolehan yang lumayan," katanya.

Bagi menjayakan program penanaman bunga matahari beliau mencadangkan semua penerima-penerima benih digabungkan dalam satu kumpulan aplikasi Wasap bagi tujuan pemantauan dan perkongsian.

"Saya cadangkan grup wasap ini dinamakan Wan Kembang.

"InsyaAllah kita akan adakan pertandingan untuk ahli-ahli yang menyertai program ini dan mereka yang berjaya menghasilkan bunga terbesar, tercantik dan mengeluarkan paling banyak hasil akan diberikan hadiah," katanya.

Sementara itu Pengerusi Dun Tendong Dr Rohani Ismail yang ditemui selepas majlis itu berharap para penerima benih berkenaan memberi perhatian serius untuk menjayakan apa yang dirancang.

"Saya akan terus membantu dan memberi perhatian dari masa ke semasa bagi memastikan kejayaan program ini," katanya.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari

Sekianlah artikel Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pekebun sayur tebing sungai Kelantan terima benih bunga matahari dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pekebun-sayur-tebing-sungai-kelantan.html

Subscribe to receive free email updates: