Judul : Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?
link : Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?
Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?
MALAYSIA DATELINEPemuda Amanah Negeri Perak mahu Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menyatakan pendirian berhubung kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Dr Zahid Hamidi yang disifatkan menghina dan mengaibkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ketua Pemudanya Hasnul Zulkarnain berkata, dalam konteks negeri Perak, Zambry sudah pasti sangat terguris dengan kenyataan rakan sejawatnya itu yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memandangkan Zambry juga berketurunan India Muslim.
"Pemuda Amanah Negeri Perak memandang kenyataan tersebut dengan konteks yang lebih luas lagi dan ia mempunyai agenda politik dalaman Umno-BN. Kemungkinan kenyataan tersebut adalah kaedah percaturan politik dalaman menjelang PRU14 ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zahid ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian Umno Kelana Jaya semalam mengungkit sejarah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun pentadbirannya.
Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan (IC) Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Sambil memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin, Zahid berkata, "Ini IC biru dia dulu. Nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Nombor IC biru dia […] Ini yang dihantar oleh ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)."
"Betullah dia kata kita ni mudah lupa sebab dia anak laki-laki Iskandar Kutty," katanya.
Beliau juga tidak menafikan ada kemungkinan kenyataan Zahid itu menggambarkan Zambry tidak lagi mempunyai tempat dalam PRU14 selepas kemunculan semula Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang juga bekas Menteri Kewangan 2.
"Umum mengetahui nama Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sedang disebut-sebut selepas bekas Menteri Kewangan Kedua itu 'come back' setelah sekian lama menyepi.
"Adakah kenyataan Zahid memberi isyarat Umno tidak lagi mahu lagi Zambry dalam perancangan BN di Perak? Mungkinkah benar khabar angin Husni akan menjadi tokoh utama BN di Perak dalam PRU14 nanti?" soalnya.
Sementara itu, Hasnul berkata, Pemuda Amanah Negeri Perak turut mengutuk tindakan Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri yang disifatkan sebagai keterlaluan.
"Sebagai pimpinan nombor dua negara, Zahid tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman melampau seperti itu," katanya.
Appear first on Times News Malaysia
Demikianlah Artikel Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry?
Sekianlah artikel Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Iskandar Kutty: Zahid beri isyarat tidak mahu Zambry? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/iskandar-kutty-zahid-beri-isyarat-tidak.html