'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng

'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng
link : 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng

Baca juga


'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng



Lim Guan Eng berkata beliau tertanya-tanya sama ada PAS benar-benar faham penjelasan ketua pegawai eksekutif (CEO) 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkaitan rancangan penyelesaian hutang syarikat itu.

Ketua menteri Pulau Pinang berkata Arul Kanda masih belum menjawab banyak soalan DAP berkaitan syarikat sarat hutang itu, terutama daripada anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

“Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar faham apa yang Arul cakap kerana masih banyak persoalan belum dijawabnya.

“Saya rasa PAS patut jelaskan bagaimana mereka puas hati sedangkan kita sudah bayar banyak tetapi tidak ada apa-apa,” kata setiausaha agung DAP itu dalam sidang media di Pulau Pinang hari ini.

http://ift.tt/2vf98YF - PAS puas hati penjelasan Arul isu 1MDB

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk Arul.

Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.

Sementara itu, Lim bertanya sama ada PAS berpuas hati dengan kegagalan 1MDB membayar AS$602.725 juta dan faedahnya kepada syarikat Abu Dhabi International Petroleum Investment Co PJSC (IPIC) sebelum tarikh akhir tengah hari hari ini.

IPIC dilaporkan memberikan tarikh akhir baru 31 Ogos.

Lim juga berkata beliau ragu jika PAS benar-benar faham itu berkaitan 1MDB dan penangguhan bayaran kepada IPIC.

“Jadi saya hendak tanya jika rombongan PAS tahu apa yang Arul Kanda cakap.

“Adakah mereka tanya soalan yang betul atau sama ada mereka dapat jawapan memuaskan?” soal Lim.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng

Sekianlah artikel 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'PAS faham ke apa Arul Kanda cakap?' - Lim Guan Eng dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/pas-faham-ke-apa-arul-kanda-cakap-lim.html

Subscribe to receive free email updates: