[PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB

[PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB
link : [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB

Baca juga


[PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB


Pendirian Pas tegas bahawa isu hutang dan aliran wang 1MDB ini adalah suatu yang mesti disiasat secara telus dan menyeluruh bagi menghukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, ketegasan parti itu berlandaskan kepada tidak perlu campur tangan asing atau politik dalam menangani isu ini.

"Pas konsisten menggesa dan mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu ini secara bebas dan berwibawa.

"Hutang 1MDB ini mesti diselesaikan dengan cepat dan wajar supaya pesalahnya segera dihukum," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Namun begitu, beliau menjelaskan Pelan Rasionalisasi 1MDB perlu diberi peluang untuk dijayakan tanpa sebarang campur tangan politik.

Ujar Nasrudin, meskipun berdepan pelbagai kritikan, sekurang-kurangnya itulah pelan yang ada dan sedang berjalan bagi mengawal kerosakan telah berlaku.

“Pelan penyelesaian ini wajar, dan menjadi tanggungjawab semua bagi memastikan perancangan serta pelaksanaan pelan ini sentiasa ditambah baik melalui kuasa semak dan imbang yang kita miliki,” katanya.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja mahu agar tidak wujud lagi pemimpin melakukan mungkar, bahkan amat mengalu-alukan perubahan sistem agar ruang dan peluang melakukan jenayah juga tertutup rapat.

Katanya, ia penting bagi mengenal pasti dan mengesahkan wujud salah laku yang didakwa, justeru dapat dihukum semua individu atau pihak yang disabit salah.

"Inilah cara Pas dan ia adalah lebih selamat untuk semua, negara dan rakyat. Jika berterusan menyalahkan pihak lain, ia tidak dapat menyelesaikan masalah," katanya.


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB

Sekianlah artikel [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [PARTI ISLAM 1MALAYSIA, PI1M] Beri peluang pada 1MDB dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/parti-islam-1malaysia-pi1m-beri-peluang.html

Subscribe to receive free email updates: