[MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api

[MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api
link : [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api

Baca juga


[MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api


Oleh: A Kadir Jasin

PANJI-PANJI bukan sebarang panji-panji. Bahasanya bukan bahasa ibu pertiwa. Cogan katanya tidak banyak yang mengerti.

Panji-panji pasak bumi bukan dalam bahasa ibu pertiwi
Ini adalah panji-panji yang menjadi manifestasi kepada hegemoni politik dan ekonomi empayar komunis terulung di dunia – Republik Rakyat China.

Gambar panji-panji ini menjadi tarikan dan menular dalam media sosial selepas Perdana Menteri,(Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak, merasmikan upacara pecah tanah projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) di Kota SAS, Pahang semalam.

Panji-panji itu adalah pratayang (preview) kepada apa yang akan datang bersama projek ERCL yang dibiayai oleh hutang RM55 bilion dari China.

Bukan panji-panji bahasa Mandarin itu saja datang dengan projek tersebut. Daripada paparan media massa arus perdana, kita juga lihat turut sama datang adalah tenaga manusia, modal, jentera pembinaan dan kereta api.

Najib melancarkan projek kebanggaannya
Maksudnya, sebahgian besar daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dibelanjakan di negeri China untuk menjana ekonomi negeri China. China sudah pun menikmati  faedah projek itu sedangkan kita sendiri belum pasti apakah keuntungan yang akan kita peroleh.

Malah kita jangan terperanjat jika sebahagian atau kesemua daripada pinjaman RM55 bilion itu akan dijana di negara kita sendiri dengan meminjam daripada institusi-institusi kewangan kita.

Dalam bahasa yang mudah, China sudah memacak bendera dan mengibarkan panji-panji di bumi kita melalui ECRL dan projek-projek lain yang dibiayai atau didirikannya.

Jentera dan tenaga manusia diimport dari negeri China
Kecemperaan Cina adalah realiti sejarah. Tidak dapat tidak China terpaksa berkembang ke luar daripada sempadan politiknya. “The Middle Kingdom” sedang meledak.

Penduduk China makin bertambah. Kini China menampung 18.4 peratus daripada penduduk dunia sedangkan tanah pertaniannya hanya 10 peratus keluasan tanah pertanian dunia.

China terpaksa meluaskan wilayah ekonominya untuk memanpung keperluan makanan, pekerjaan dan tempat tinggal rakyat jelatanya.

Bagi negara seperti kita, pilihannya ialah menjadi rakan kongsi yang berdaulat atau menjadi tanah jajahan ekonomi China.

Dalam gambar media, nampak ramai juga Melayu dijemput untuk bertepuk dan bersorak. Harap-harap janganlah sorakan mereka akan menyebabkan kampung tergadai. 

Wallahuaklam.


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara

#UMNOMalaysia
#UMNOOnline
#MelayuBersatu


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api

Sekianlah artikel [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [MELOPONG] Bukan Hanya Panji-panji bahasa Mandarin TAPI China bawa Tenaga Kerja, Jentera, Kereta api dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/melopong-bukan-hanya-panji-panji-bahasa.html

Subscribe to receive free email updates: