Nama jalan mencarut di Shah Alam?

Nama jalan mencarut di Shah Alam? - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nama jalan mencarut di Shah Alam?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nama jalan mencarut di Shah Alam?
link : Nama jalan mencarut di Shah Alam?

Baca juga


Nama jalan mencarut di Shah Alam?

 
Penduduk di Kampung Bukit Naga terkejut apabila diberitahu kawasan mereka mengambil nama sempena perkataan mencarut berbaur perkauman.


wrong-road-1


SHAH ALAM: Imej yang mula tersebar menunjukkan kewujudan sebuah lorong mengambil nama kata-kata mencarut menghina masyarakat India, sebenarnya tidak wujud walaupun ia terpampang di apps panduan trafik seperti Google Maps dan Waze.

Sebaliknya, destinasi terakhir untuk ke “Lorong Keling Pundek 1” tamat di Kampung Bukit Naga, sebuah kawasan tanah rezab Melayu yang mempunyai beberapa lorong kecil.

Penduduk yang ditemui FMT terkejut apabila diberitahu nama kawasan kejiranan mereka yang terpampang di peta Google dan Waze.

road-1

“Saya sudah 13 tahun menetap di sini, tapi saya tak pernah dengar nama jalan itu,” kata Aila Rosli, 36.

Seorang lagi penduduk, Rosli, yang lahir, membesar dan sudah 46 tahun menetap di situ, turut bingung apabila wartawan FMT menyebut nama jalan itu.

“Saya tak pernah dengar nama itu.”

Bagaimanapun, Intan Suhana, 34, sedar kewujudan nama jalan itu, apabila mendapat ia merujuk alamat rumahnya seperti tertera di aplikasi Google Maps 2 tahun lalu.

“Apabila saya kongsi lokasi rumah dengan kawan-kawan dan saudara-mara, mereka tanya betulkah lokasi ini,” kata suri rumah yang tinggal di situ selama 15 tahun.

Menurutnya, alamat surat-menyuratnya hanya memaparkan nombor lot dan nama jalan utama, Jalan Rezab Buang.

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shahrin Ahmad ketika dihubungi berkata beliau sendiri pernah turun melihat kawasan itu, tetapi mendapati tiada nama jalan mahupun tanda jalan dengan nama tersebut.

Beliau tidak dapat menjelaskan bagaimana nama itu tersenarai di Google, dan menambah ia sudah pasti tidak akan diluluskan pihak berkuasa tempatan.

“Bukannya kami tidak bersekolah. Kami tahu apa yang sensitif dan tidak sensitif.”



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Nama jalan mencarut di Shah Alam?

Sekianlah artikel Nama jalan mencarut di Shah Alam? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nama jalan mencarut di Shah Alam? dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/nama-jalan-mencarut-di-shah-alam.html

Subscribe to receive free email updates: