Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah

Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah
link : Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah

Baca juga


Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah

 
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada orang tahu kesan sebenar kegagalan 1MDB membayar hutang IPIC kepada Malaysia dan ringgit.


dzul-kwsp


KUALA LUMPUR: Amanah ingin tahu jika kerajaan akan menggunakan dana Petronas atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membayar hutang 1MDB kepada syarikat kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Corporation (IPIC).

Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 1MDB dan Kementerian Kewangan mungkin tidak mampu mencari wang yang diperlukan dalam tempoh 5 hari tambahan seperti diberikan IPIC untuk membayar hutang itu.

IPIC berkata, ia tidak menerima bayaran AS$602.72 juta dan AS$26.02 juta daripada 1MDB selewat-lewatnya 31 Julai lalu.

Selasa lalu, 1MDB berkata, ia memaklumkan secara bertulis kepada IPIC mengenai pembayaran yang dijadualkan pada 31 Julai 2017, akan dibuat pada bulan ini kerana masih menunggu dana sewajarnya.

Dzulkefly berkata, kerajaan seolah-olah panik dan semua “program rasionalisasi” 1MDB nampaknya tidak mampu mengelakkan kegagalan membuat pembayaran.

“Kini, seluruh dunia tahu 1MDB tidak boleh membayar dan diberi lanjutan sehingga 5 Ogos. Saya rasa 1MDB, malah Kementerian Kewangan akan tetap gagal membayar hutang itu.

“Tiada orang tahu kesan sebenar kegagalan membuat bayaran itu kepada Malaysia dan ringgit?
Adakah (Datuk Seri) Najib Razak kini dengan jelas akan menggunakan dana Petronas atau simpanan KWSP?”

Beliau berkata “selepas berita buruk Dalian Wanda tidak boleh menjadi pemaju induk Bandar Malaysia, kegagalan ini sudah tentu akan memburukkan lagi keadaan”.

Katanya, ia diburukkan lagi dengan prosiding di mahkamah Perancis mengenai tuduhan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh Malaysia dan penganalisis politik yang rapat dengan Najib, Abdul Razak Baginda didakwa bersubahat “secara aktif dan pasif dalam rasuah” dan “penggelapan aset korporat”, berhubung kes itu.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah

Sekianlah artikel Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adakah kerajaan akan guna dana KWSP bantu 1MDB, soal Amanah dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/adakah-kerajaan-akan-guna-dana-kwsp.html

Subscribe to receive free email updates: