Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir

Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir
link : Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir

Baca juga


Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir


Anggota kerajaan, termasuk menteri, yang tidak lagi mempunyai rasa malu dan tidak bermaruah, walaupun rakyat memandang hina dan jijik, menyebabkan bangsa menjadi bangsat di negara sendiri.
“Perasaan malu sudah tidak ada lagi di kalangan ramai anggota Kerajaan hari ini. Mereka tak tahu malu walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh mereka, walau apa pun kebiadaban mereka.
“Mereka didapati mencuri tetapi mereka tidak sedikit pun berasa malu. Didakwa mencuri, dibukti mencuri – tak mengapa. Dunia panggil mereka pencuri, perasuah, penyangak – tak apa. Senyum sahaja,” kata Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini.
Bekas Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun itu berkata, disebabkan perbuatan itu, negara dihina dan dilaporkan sebagai antara 10 negara yang tahap rasuahnya paling tinggi.
“Negara dipanggil kleptokrasi, negara yang dipimpin oleh pencuri yang mencuri duit Kerajaan – negara yang tidak lagi demokratik – tak mengapa. Perdana Menteri, isteri, anak, kawan, didakwa selewengkan duit negara – okay.
“Menteri, pegawai tinggi dituduh mencuri duit – tak apa. Tak ada sedikit pun malu walaupun tak dapat bertindak dengan saman malu ke atas yang menuduh. Ugut untuk ambil tindakan undang-undang tetapi tidak buat apa-apa, tak malu,” katanya menulis dalam blog beliau.
Tun Dr Mahathir berkata, pegawai kerajaan yang dinaikkan pangkat atau mendapat jawatan, sedangkan mereka tidak layak, tidak mengikut peraturan dan bercanggah dengan undang-undang, juga tidak berasa malu.
“Menerima duit yang dicuri, apa salahnya? Terima kasih. Cium tangan pemberi durian runtuh. Diketahui mendapat pangkat atau jawatan kerana cekap membodek, sanggup melaksanakan arahan yang salah oleh boss, pun tak malu. Maruah sudah tidak dijunjung lagi. Biarlah dihina, biarlah dipandang rendah, asalkan dapat duit, dapat tempat, dapat pangkat. Pedulikan maruah.
“Masyarakat pandang jijik, menyampah – pedulikan. Sesungguhnya kerana mereka ini, bangsa menjadi bangsat di negara sendiri. Tak lama lagi bangsa bangsat ini kehilangan negara, menjadi penumpang di negara sendiri, anak cucu jadi kuli. Ini pun tak mengapa kerana yang tak tahu malu tidak akan berasa malu menjadi pengemis, kuli di negara sendiri. - ismaweb


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir

Sekianlah artikel Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mereka PUNCA BANGSA BANGSAT di negara sendiri, kata Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mereka-punca-bangsa-bangsat-di-negara.html

Subscribe to receive free email updates: