Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI
link : Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Baca juga


Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI


Bekas naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan timbalan presiden parti itu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkaitan isu penyelesaian hutang 1MDB.
Mahfuz berkata, kenyataan Tuan Ibrahim semalam menggambarkan beliau tidak faham “akar isu” masalah 1MDB dengan mengatakan menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
“Seolah-oleh Tuan Ibrahim bagi gambaran bahawa beliau dan rakan-rakan (PAS) yang lain tak faham apa itu rasionalisasi (hutang 1MDB),” katanya kepada Malaysiakini.
Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena berkata isu utama dalam 1MDB adalah syarikat kontroversi itu berhutang dan melunaskan hutangnya dengan menggunakan "plan transformasi".
Plan transformasi itu pula antara lain meminjam wang daripada Tabung Haji dan menjual aset negara kepada negara China.
"1MDB jual aset pada China, guna wang Tabung Haji dan jual barang utk bayar hutang dari hasil kecurian bolehkan plan rasionalisasi, jadi sampai jual aset.
"Jadi saya agak hairan pemimpin PAS blur (kabur) apa itu akar isu dan apa itu rasionalisasi 1MDB," katanya.
Sebelum ini Tuan Ibrahim telah mengetuai rombongan PAS bertemu pengurusan tertinggi 1MDB termasuk presidennya Arul Kandasamy.
Selepas mendengar penjelasan, PAS semalam menyatakan rasa puas hati dengan pelan penyelesaian syarikat itu.
Mengulas lanjut, Mahfuz berkata kenyataan yang dibuat Tuan Ibrahim itu seolah-olah PAS tidak pernah mempunyai masalah dengan syarikat itu.
"PAS juga seolah-olah melindungi pencuri. Ia memburukkan imej parti," katanya.




Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI

Sekianlah artikel Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahfuz: PUAS HATI Tuan Ibrahim burukkan imej PAS, seolah LINDUNGI PENCURI dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/mahfuz-puas-hati-tuan-ibrahim-burukkan.html

Subscribe to receive free email updates: