Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai

Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai
link : Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai

Baca juga


Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai


KUALA LUMPUR: Kes saman Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob terhadap Utusan Melayu (M) Bhd.(UMMB) berhubung artikel, Hebat Sangatkah Adnan, kira-kira tiga tahun lalu, berjaya diselesaikan Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Artikel di bawah ruangan Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat disiarkan akhbar Mingguan Malaysia pada 9 November 2014.

Kes saman fitnah itu selesai selepas pihak-pihak yang terlibat bersetuju untuk merekodkan penghakiman persetujuan di hadapan Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad dengan kehadiran Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Adnan.

Perbicaraan kes itu sepatut­nya didengar hari ini sehingga 11 Ogos ini.

Namun begitu, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak untuk mencari jalan penyelesaian melalui proses mediasi yang berlangsung pada Jumaat lalu dan diikuti sesi rundingan hari ini mulai pukul 9.30 pagi sehingga pukul 1 petang.

Penyelesaian tersebut tidak melibatkan sebarang kos dan tiada sebarang permohonan maaf. Antara terma penyele­saian yang dipersetujui antara kedua-dua pihak adalah UMMB perlu menerbitkan kenyataan penjelasan di dalam akhbar Utusan Malaysia esok.

UMMB dalam penjelasan tersebut menyatakan, tiada niat langsung untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi Adnan sebagai salah seorang pemimpin negeri Pahang yang dihormati.

Syarikat akhbar itu juga sedia maklum bahawa Adnan, seorang pemimpin yang berjaya menerajui pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Pahang selama empat penggal berturut-turut.

Syarikat akhbar itu turut menyedari, Adnan berasa amat kecewa dengan penerbitan artikel tersebut yang menjejaskan re­putasi beliau.

Sekiranya artikel tersebut mengundang kesukaran pada pihak Adnan, UMMB berasa amat kesal akan penerbitan dan intipati artikel berkenaan.

Selain itu, satu sesi temu bual akan diadakan antara Adnan dan penyunting kanan syarikat akhbar tersebut dalam tempoh seminggu dari tarikh penghakiman. Temu bual tersebut berhubung kejayaan Adnan selama empat penggal beliau mentadbir Pahang dan aspirasinya untuk Pahang pada masa depan.

Intipati temu bual tersebut akan diterbitkan dalam Utusan Malaysia selepas temu bual tersebut diadakan dan sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada Adnan berhubung kandungan temu bual tersebut selain Adnan memberhentikan tindakan saman tersebut.

Penghakiman persetujuan itu merupakan satu penyelesaian penuh dan muktamad dalam kes saman tersebut dan Adnan mahupun UMMB tidak mempunyai sebarang hak untuk memfailkan sebarang tuntutan lagi berhubung isu tersebut.

Adnan selaku pihak plaintif dalam saman yang difailkan pada 5 Disember 2014 mendakwa, artikel itu membawa maksud seolah-olah beliau tidak sesuai memegang jawatan Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

Permohonan UMMB untuk membatalkan saman Adnan sebelum ini ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Julai 2015 namun Mahkamah Rayuan pada 1 Mac 2016 membenarkan rayuan UMMB setelah memutuskan Adnan tiada hak di sisi undang-undang atau locus standi untuk mengemukakan saman fitnah terhadap UMMB atas kapasi­tinya sebagai seorang pemimpin negeri.

Pada 13 Februari lalu, Mah­kamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Adnan memerin­tahkan supaya saman tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi untuk merit­nya didengar dan diputuskan.

Peguam Datuk M. Reza Hassan yang mewakili UMMB ketika dihubungi berkata, pihaknya amat bersyukur dengan penyelesaian yang dicapai.

“Ini adalah situasi menang-menang. Tahniah buat kedua-dua pihak,” kata Reza.

UMMB turut diwakili Azhar Arman Ali manakala peguam Americk Sidhu dan Manjeet ­Singh Dhillon mewakili Adnan.

Penjelasan berhubung penerbitan artikel bertajuk Hebat sangatkah Adnan?
Kami sedia maklum bahawa Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob adalah seorang pemimpin yang telah berjaya menerajui pucuk pimpinan Barisan Nasional di negeri Pahang selama 4 penggal berturut-turut.

Kami juga menyedari bahawa Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob berasa amat kecewa dengan penerbitan artikel bertajuk Hebat sangatkah Adnan? yang diterbitkan di akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat pada 09.11.2014 yang menjejaskan reputasi beliau. 

Oleh itu, kami ingin mengambil peluang ini untuk menjelaskan bahawa tiada langsung niat di pihak kami untuk menjejaskan perasaan, kewibawaan dan reputasi Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob selaku salah seorang pemimpin negeri Pahang yang dihormati. 

Sekiranya artikel tersebut telah mengundang kesukaran di pihak Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Yaakob, kami amat menyesali akan penerbitan dan intipati artikel tersebut. #sumber


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai

Sekianlah artikel Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Saman Menteri Besar Pahang Terhadap Utusan Melayu Selesai dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/kes-saman-menteri-besar-pahang-terhadap.html

Subscribe to receive free email updates: