Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU

Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU
link : Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU

Baca juga


Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU


Mempertahankan dirinya berhubung dakwaan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau cuba meminta simpati atau sokongan untuk menjatuhkan Najib Razak dalam pertemuan dengan bekas Perdana Menteri itu, Ahmad Zahid Hamidi berkata, rakaman pertemuan itu ada dalam simpanannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri, usaha mahu menjatuhkan Najib itu dirancang oleh Tun Mahathir dalam pertemuan antara mereka.

Tun Mahathir, tegasnya, telah menyatakan mengenai perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya di Parlimen terhadap Najib yang akan dilakukan melalui kerjasama antara pemimpin pembangkang dengan  beberapa pemimpin UMNO.

Usaha kedua yang dirancang oleh Tun Mahathir, jelas Zahid Hamidi lagi ialah dengan cara menghantar memorandum kepada Yang Dipertuan Agong agar Baginda memecat Najib sebagai Perdana Menteri.

"Jangan bohong, rakaman itu masih ada dalam simpanan saya," ujar Zahid Hamidi sambil menambah, pertemuannya dengan Tun Mahathir pada 2015 itu diadakan selepas 10 hari beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dilakukan dengan keizinan Najib.

Benarkah Zahid ada rakamannya?

Adakah rakaman itu dalam bentuk audio atau video?

Adakah rakaman dilakukan secara sembunyi atau disedari oleh Tun Mahathir?

Jika dirakam secara sedar, logikkah Zahid Hamidi yang datang ke rumah Tun Mahathir membawa alat rakaman bersamanya dan sudah tentu juga perlu meminta izin untuk meletakkan alat rakaman di atas meja?

Dari segi logik juga, oleh kerana pertemuan itu diadakan di rumahnya, Tun Mahathirlah yang paling mungkin memasang alat rakaman bagi pertemuan tersebut.

Tetapi, kalau pun benar ada rakaman pertemuan itu dan Tun Mahathir mendedahkan kepadanya mengenai dua perancangan untuk menjatuhkan Najib, yang ingin diketahui juga, termasuk tentunya oleh Najib sendiri ialah apakah respon atau jawapan balas Zahid Hamidi mengenainya?

Ketika Tun Mahathir bercakap tentang undi tidak percaya terhadap Najib, apa sebenarnya jawapan balas Zahid?

Adakah beliau sekadar diam, sedia memberi sokongan atau menentangnya?

Begitu juga berhubung memorandum kepada Yang Dipertuan Agong, apa respon Zahid berkenaan dengannya?

Diam, setuju atau tidak setuju?

Jika dapat didedahkan rakamannya, Najib barangkali paling teruja untuk mengetahui butiran penuh perbualan Zahid Hamidi dengan Tun Mahathir itu.

Maka, untuk membuktikan kebenaran kata-katanya bahawa beliau tidak menggigit tangan orang yang pernah memberinya makan, Zahid Hamidi wajib mendedahkan rakaman itu kepada umum.

Hanya setelah rakaman itu didedahkan, barulah diketahui sama ada Tun Mahathir yang berbohong atau Zahid yang tidak bercakap benar.

Oh ya...sebelum terlupa, perlu diingatkan juga bahawa janji Zahid Hamidi sebelum ini untuk mendedahkan bukti mengenai amalan Syiah yang dikaitkan dengan Mohamad Sabu dan dalang tragedi Lahad Datu sampai sekarang belum ditunaikan lagi.

Begitu juga dengan kata-katanya bahawa beliau telah berjumpa dengan waris keluarga Diraja Arab Saudi yang didakwa menyumbangkan RM2,600 juta kepada Najib, sehingga sekarang juga tetap diragui dan tidak dipercayai, termasuk oleh mereka yang tinggal di Bagan Datuk sendiri.

Jadi, adakah kata-kata Zahid Hamidi kali ini boleh dipercayai, melainkanlah jika beliau benar-benar berani mendedahkan rakaman yang didakwa dimilikinya itu kepada umum? (ShahbudinHusin 04/08/2017)


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU

Sekianlah artikel Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kalau Ada Rakaman, DEDAHKAN LAH, Najib pon NAK TAHU dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/kalau-ada-rakaman-dedahkan-lah-najib.html

Subscribe to receive free email updates: