Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14

Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14 - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14
link : Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14

Baca juga


Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14

BERNAMA

Gerakan vs DAP


Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mencabar parti pembangkang DAP mengumumkan calonnya yang bakal bertanding Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lebih awal.

Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata perkara itu penting untuk membolehkan rakyat menilai keseriusan dan keupayaan seseorang calon dalam berkhidmat demi rakyat.

Kami telah umumkan, kami telah bekerja keras jadi rakyat boleh lihat. Sila umumkan calon anda, kami mahu tahu siapa calon anda, bukan di saat-saat akhir," katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Gerakan Negeri Selangor hari ini.

Mah, yang juga Anggota Parlimen Teluk Intan, berkata Gerakan kini lebih yakin dengan persediaan lebih awal yang dilakukannya bagi memastikan parti itu terus kekal relevan.

Bagi menghadapi PRU14 akan datang, Gerakan secara berperingkat telah mengumumkan senarai calon yang bakal berpotensi untuk bertanding sebelum dimuktamadkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melahirkan keyakinan BN mampu menafikan kemenangan penggal ketiga pakatan pembangkang pimpinan DAP di Selangor, beliau berkata Gerakan sudah menggerakkan jentera dan menggembleng tenaga membantu parti komponen BN merampas negeri itu pada pilihan raya datang.

Gerakan perlu bekerja keras untuk mendapat tempat di Selangor bagi menghadapi PRU akan datang, kata Mah.



Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14

Sekianlah artikel Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gerakan cabar DAP umum awal calon PRU14 dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/gerakan-cabar-dap-umum-awal-calon-pru14.html

Subscribe to receive free email updates: