Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery
link : Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery

Baca juga


Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
DUNGUN: Kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat secara menyeluruh insiden bot karam di Muara Kuala Dungun yang berlaku pada Rabu lalu.
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kementeriannya akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang akan dianggotai Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh berkaitan kes tersebut.
 
Antara  fungsi jawatankuasa itu juga adalah untuk mengkaji semula penambahbaikan skim insuran nelayan berkelompok kerana difahamkan hanya seorang daripada empat mangsa dalam tragedi  yang mempunyai insurans.
 
"Saya minta jawatankuasa khas ini menerusi jabatan perikanan untuk membuat siasatan rapi menyeluruh dan membuat laporan berkaitan kejadian.
 
"Ada beberapa isu yang perlu diberi perhatian termasuk berapa ramai diinsuranskan kerana dimaklumkan hanya seorang daripada nelayan-nelayan hilang mengambil insurans.
 
"Ini amat menyedihkan kerana sepatutnya setiap yang pergi ke laut faham tentang pentingnya mengambil insurans.
 
"Sekiranya perlu penambahbaikan tentang skim insurans ini, saya akan minta pandangan-pandangan diberikan untuk di diperbaiki," katanya dipetik Sinar Harian Online. 
 
Shabery berkata demikian ketika melawat keluarga mangsa insiden bot karam di Kuala Dungun, di sini,  hari ini.  
 
Menurutnya, laporan daripada penyiasatan yang akan dilakukan akan dibentangkan pada kabinet supaya penambahbaikan dapat dilakukan.
 
Sehingga kini, tiga lagi mangsa, iaitu Mohd Zawawi Mohamad, 24, Che Mohd Afandi Ismail, 34 dan Abd Wahab Zakaria, 44, belum ditemukan, dan gerakan mencari terus giat dijalankan termasuk mengesan menerusi unit udara.
 
Mayat seorang daripada empat mangsa yang hilang, Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui 8.50 pagi kelmarin, 300 meter dari kawasan bot dipercayai karam itu.
 
Sementara itu seorang lagi nelayan, Mohd Shahrin Yaccob, 33, selamat setelah berupaya meredah gelora dan berenang ke daratan dengan mengambil masa kira-kira dua jam.
 
Mereka dikatakan dalam perjalanan masuk ke Kuala Dungun selepas pulang dari menangkap ikan dengan menaiki bot besar sebelum beralih kepada bot fiber setelah gagal memasuki Kuala Dungun berikutan keadaan sungai yang cetek.
 
Bagaimanapun, bot itu terbalik dipukul ombak besar dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam laut.
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery

Sekianlah artikel Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kerajaan tubuh jawatankuasa khas siasat insiden bot karam - Shabery dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/kerajaan-tubuh-jawatankuasa-khas-siasat.html

Subscribe to receive free email updates: