Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO]

Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO] - Hallo sahabat TIMES NEWS MALAYSIA, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO], kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia, Artikel Bisnis, Artikel Bola Sepak, Artikel Maklumat Terkini Mengenai Melaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Times News, Artikel Viral, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO]
link : Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO]

Baca juga


Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO]

Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Forum 'Nothing To Hide' anjuran PPBM kecoh apabila hadirin yang tidak dikenali bertindak membaling kerusi dan botol air ke arah pentas apabila Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap. 
 
Kekecohan di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam itu tercetus apabila individu berkenaan tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan Dr Mahathir bersabit peristiwa Memali ketika beliau menjadi Perdana Menteri.
 
Serentak dengan itu, beberapa peserta lain bertindak membaling kerusi dan botol air serta menyalakan suar, memaksa mereka yang hadir bertempiaran lari keluar daripada dewan.
 
Malah berlaku pergelutan di kalangan penyokong PH dengan peserta yang tidak berpuas hati itu.
 
Ketika insiden itu berlaku, Dr Mahathir dilihat diselamatkan penganjur program berkenaan.
 
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan setakat ini.
 
Berikutan itu, forum itu terpaksa dihentikan buat seketika, sementara menunggu keadaan reda.
 
Antara pemimpin PH yang hadir, Khalid Abdul Samad, Dr Daroyah  Alwi, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida Kamaruddin, Ng Sue Lim, Lim Guan Eng, Lim Kit Siang, Datuk Zaid Ibrahim, serta pimpinan Pakatan pembangkang lain.
 
Julai lalu, Dr Mahathir mempelawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke forum berkenaan untuk menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap mereka berdua.
 
Pada 25 Julai sekumpulan ahli Pemuda PPBM hadir di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menghantar jemputan rasmi kepada Najib.
 
Mereka dihalang kira-kira 200 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.
 
Forum “Nothing To Hide” julung kali dianjurkan pada 5 Jun 2015 di ibu pejabat Umno. Najib dijadualkan menghadiri forum itu dan menjawab pertanyaan umum, namun ia kemudiannya dibatalkan selepas Dr Mahathir hadir untuk berucap tanpa diundang.
 
 
 


Appear first on Times News Malaysia


Demikianlah Artikel Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO]

Sekianlah artikel Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO] kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Forum Nothing To Hide 2.0 kecoh, peserta baling suar, kerusi, botol air [TONTON VIDEO] dengan alamat link https://timesnewsmalaysia.blogspot.com/2017/08/forum-nothing-to-hide-20-kecoh-peserta.html

Subscribe to receive free email updates: